PEMINAT Yamaha nampaknya tidak puas hati dengan pengumuman harga Yamaha Y15ZR V2 aka YSuku yang dibuat Hong Leong Yamaha Motor (HLYM), pagi tadi dengan melontarkan pelbagai komplen dan kritikan di laman Facebook wakil pengedar itu.
Ada tidak berpuas hati kerana model Y15ZR sekadar facelift kosmetik semata-mata sambil mengharapkan Yamaha sekurang-kurangnya dapat menaik taraf spesifikasi model tersebut seperti transmisi 6-kelajuan atau sedikit talaan enjin.
PEMINAT KECAM HARGA MAHAL?
Namun kritikan paling banyak dapat dibaca adalah tentang harga mahal, iaitu RM8,168 (tidak termasuk insurans), meningkat RM280 daripada versi lama (RM7,888) walaupun tanpa ciri signifikan diperkenalkan. Bagaimanapun berdasarkan pemahaman dan respon kami terima, pembeli sebenarnya tidak kisah dengan kenaikan untuk model baharu asalkan dalam julat harga munasabah.
Cuma yang menjadi isu besar ialah harga melampau tinggi yang diletakkan wakil jualan HLYM, dan isu ini bukan setahun dua, tetapi sudah lama menyakitkan hati pembeli Malaysia. Malah trend ini berjangkit untuk semua pengeluar motosikal di Malaysia!
BACA >>> SOHC atau DOHC? Enjin Mana Satu Lebih Bagus? Kenali Istilah, Fungsi dan Perbandingan
HLYM PRO SIAPA?
Lebih mendukacitakan, HLYM seperti langsung tidak menyokong sokongan diberikan peminat setianya, sebaliknya memilih untuk lebih pro kepada pihak wakil jualan mereka. Malah, status Facebook HLYM (lihat atas) langsung tidak menyebut tanda harga yang mereka maklumkan kepada media.
Bayangkan, harga atas kertas (RM8,168) yang mereka berikan kepada media untuk diuar-uarkan kepada orang ramai, tetapi langsung tidak dinyatakan dalam media rasmi, sama ada Facebook atau laman web! Kenapa?
Sepatutnya sebagai peneraju jualan motosikal terlaris di Malaysia, HLYM sudah boleh mengambil inisiatif sendiri menetapkan harga kekal yang sudah dikira komisen dan keuntungan kepada wakil pengedarnya. Malah, semua orang tahu harga atas kertas sedia ada pun sudah disekalikan dengan komisen dan keuntungan jualan. Jadi kenapa nak mark-up lebih-lebih? Kalau betul wakil pengedar demand lebih, letakkan saja harganya RM10,000 atau RM11,000, asalkan harganya tetap, tidak berubah! Apa yang payah sangat? Suka sangatkah buat peminat sendiri ke hulur ke hilir tercari-cari kedai motor mana paling murah? Ye lah, minat YSuku punya pasal. Mahal-mahal pun, sanggup juga mencari sampai ke lubang cacing.
Paling mengecewakan, HLYM ini pro siapa? Yang beli produk mereka selama ini wakil pengedar atau orang ramai? Kalau Honda Malaysia yang memegang status kereta bukan nasional nombor satu di Malaysia boleh berikan macam-macam rebat dan insentif menarik kepada bakal pembelinya, kenapa HLYM tidak boleh buat perkara sama sebagai penghargaan kepada peminatnya, termasuk menaikkan reputasi sendiri sebagai jenama motosikal nombor satu Malaysia?!
Sebaliknya, HLYM memilih untuk terus membiarkan wakil pengedar sewenang-wenangnya menyeleweng harga atas alasan kos penghantaran, kos simpan motor, kos duit kopi, kos kroni lama dan macam-macam alasan nak mencekik darah!
Ingat HLYM, kami tidak akan menyerah!
BACA >>> Selepas Puas Kompelin Macam-Macam Pasal SYM VF3i, Inilah yang Rider Ini Dapat
BACA >>> Mana Satu Nak Angkat? Benelli RFS150i, atau Honda RS150R, atau Yamaha Y15ZR?
Rustam says
Baru beli bulan lepas lebih 10k , alasan pengedar permintaan terlalu tinggi. Kerajaan tolong pantau harga, jgn biar org tengah untung terlampau sangat
MalaysiaKini says
betul...melampau2..tapi silap kita jugak..cakap saja pandai..cuba boikot btl2..kasi ajar yamaha bahawasanya pengguna lebih penting...ni tidak cakap saja tu ni..sebab tu yamaha talak goyang dengan cakap melayu...sebab mereka tahu orang melayu tahu cakap buat talak...so sapa salah??fikir2kan lah
yangcerdik says
kah kah kah kah... tak payah le beli dah produk yaNGmahaL ni... berenti la duk agung agungkn jenama mcm ni.. yg susah tetap pembeli jugak kesudahan nya.. beli mahal mahal motor jd motor panas nk parking dlm pagar rumah pun susah hati..
maintenance pun mcm jilake mahal.. dari nk membeli sampai nk menjaga guna semua ada masalah.. patut nya kita beli utk menyenangkan dan memudahkan kita.. ini kita pulak kena bersusah jugak lg..
so sebagai pengguna korang boleh bikin kuasa la utk ajar yamaha malaysia ni.. kasi boikot aja jenama yamaha tu.. pakat tak payah beli lansung la ysuku yg 3 suku tu...
aiii.. kerajaan pun boleh sampai bertukar bila bersatu hati melawan.. tak kan la setakat yamaha ni tak boleh nak ajar jugak..
Faiz says
Mmg pun...harga skuter x max 250 setngah kedai letak harga smpai 24k... gi HLYM sungai buloh nk test ride tkde motor bleh pandu uji... kedekut! Jual motor traccer 900gt 59k.. standard harga kete.. tkde test ride.. kete axia pun ada test drive laa... smua model ada dipamerkn HLYM sungai buloh... dah trlebih kaya... langsung tkde beri kesempatan peluang untuk test ride dlm kawasan... tk sedar di untung!.. ramai yg minat menunggang motor adalah golongan anak muda melayu...
arumugam says
tu kata melayu ni bodoh. nk bergaya. x cukup duit, curi aksesori moto org
Nonsense says
Sy bru tnye hrga dealer ymaha serdang.ltak smpi 9700.gler.ni btul2 untung ats angin.yg bes kt pj smpi 10000.tmbh 2rbu blh bli r15.
Charles says
Harga otr rm9600 utk warna merah, Biru hitam
Harga otr rm9600 utk warna tayar kuning coklat, dan Biru muda
Aki says
Kat mana tu harga rm9.6k
Jamal Mohamad says
on road angkat hari tu RM10600.00... Color hijau.
Charles says
Rm9800 Biru muda Dan coklat
abgmovistar says
KPDNKK mana..belum kira keluaran khas MotoGP lagi..mau la 12K mcm movistar v1 atau lebih lagi...ermm....HLYM tutup mata.
Malang says
Wilayah Persekutuan Labuan lagi mahal, Rm14k. Kpdnkk labuan tidur
saniy says
ade yang sampai 10500k apakah itu sangat mahal?ambil untuk smpai 2k
Sufi says
HLYM kena kaji balik harga Y suku V2 ni.. Hargailah customer yg dh bnyk support sebelum ni..
Hulk says
Jual motor y suku dan rs 150 trlampau mahai.... Klau laju mcm superbike xpa jga.. Hargailah peminat motor kapcai..
amran says
Dah la tak layan harga cash suruh buat installment., !
tidurtidaklena says
tu masalah kedai bukan Yamaha..benda ni kalo yamaha sendiri tak bertindak petah lagi kerajaan kini xbuat apa..so apa jadi??kedai dikuasai cina laa untung manyak woo..bukan susah pn..mereka tahu mana kelemahan orang melayu..simple ja..boikot ramai2..buat dan terus buat..jangan cakap je pandai hentam sana hentam sini still sujud jgk yamaha tuh..so ubah ni kalilah kalo jadi..haahahahaha
RADEN BIN SOLOMON says
Jalan terbaik untuk memastikan wakil2 jualan HLYM untuk turunkan harga adalah dengan memboikot produk mereka...apakata dalam setahun dua ni kita ramai2 x beli produk keluaran mereka....bila sales mereka merudum...confirm mereka akan turunkan harga....SAY NO TO YAMAHA ....
Rafizal says
Setuju.memang patut pn.tp boleh ke? Sbb ramai yg tergila - gila dgn dezign nya yg sangat menawan dn mengancam.
lenakuseketika says
betul apa anda kata..tapi pengguna yang gilakan yamaha ni mcm mana??xjadi apa pun bro..sebab ramai2 sendri xkerjasama memBOIKOT ini yamaha...
Suarnisamad says
Tak payah beli dh motor ysu..br tanya kedai cash10,500k..Mahal sgt...x berbaloi di bli biarla ada duit pun..tp
Rakyat Malaysia says
maaf bertanya..
yang bnyak hentam dan pot pet pot pet kat sini boleh dapat apa?
KPDKK dan HLYM akan dengar dan ambil tindakan ke?
jangan buang masa disini or dimana2 laman sesawang..
jalan terbaik pengguna yamaha kena bersatu..
boikot jangan beli ini produk..
tapi apa yang kalian buat?
beli lagi ada la,...sembang ja meletop..habok xdak..
cina ingat goyang ke dgn orang melayu?? prinsip mereka orang melayu celah kangkang mereka ja..ingat tu!
selagi mana tidak bersatu selagi tu anda senang diPIJAK..
terima lah hakikatnya ya melayu2 sekalian..
do with action..no more talk talk and talk..
power says
your right bro
Aifan says
Assalamualaikum saya mau order satu motor y15zr v2.Red Colour.Dan saya mau harga dan deposit.assalamualaikum dan bye bye
Aifan says
Sorry ye bang mengganggu lagi. Saya nak tau abang juak ke or not?please tell me?
Dzon72 says
fenomena wakil penjual menawarkan harga yg bbeza2 itu sudah kebiasaan.dan kita sbgai pelanggan pun tak bleh nak buat apa2..mahal mcmna pun kalau dh minat pasti akan beli juga..tambahan pula saingan dlm perniagaan ini tidak tumbuh mcm cendawan ..kalau banyak sgt wakil penjual mgkin harga pun buleh di runding maaf gurau2 jgn marah
Balqis says
Sokong tue. .
Goblin says
Apabila Bank Buat dan jual motor... hong Leong kan bank
EncikMimpi says
berapa ye kalau jual y15 v2 saya nak beli tapi nak cari ikut harga yang murah2 sikit sebab sekarang banyak kedai yang dah mahal harganya