ROYAL Enfield bakal melabur sejumlah ₹7 bilion (RM416 juta) untuk tahun kewangan 2020 untuk membina Pusat Teknologi (Fasa 2) di kilang Vallam Vadagal yang akan menjadi kemudahan asas pembangunan platform global baharu pengeluar itu. Royal Enfield sebelum ini sudah memperuntukkan perbelanjaan ₹8 bilion (RM475 juta) untuk tahun kewangan 2018.
Pendekatan itu dibuat kerana Royal Enfield mahu menumpukan kepada perubahan regulasi emisi BS-VI di India selain mengukuhkan keupayaan pembangunan produk dan gerak kerja ke arah platform global baharu.
Dengan rangkaian pengedaran yang luas di India, pertumbuhan jenama peringkat antarabangsa dan pembangunan produk, Royal Enfield kini bersedia meluaskan lagi segmen motosikal middleweight ke pasaran dunia pada masa akan datang.
BACA >>> Royal Enfield Siapkan Jentera 700cc ke Atas, Mahu Lawan Triumph dan Harley-Davidson
Royal Enfield bulan lalu dilaporkan mengambil alih susidiari milik penuh pertama di Asia-Pasifik dan Thailand. Justeru menjelang Jun ini, Thailand bakal menjadi hab pemasangan produk Royal Enfield di luar India.
Royal Enfield kini mensasarkan mengukuhkan segmen motosikal saiz pertengahan seperti Continental GT 650 dan Interceptor 650 untuk menembusi pasaran di Asia Tenggara, Amerika Utara dan Eropah Barat. Tidak ketinggalan, pengeluar itu juga bakal melancarkan model global baharu, Bullet Trials Works Replica (foto bawah).
BACA >>> Butik Eksklusif Royal Enfield Pertama di Malaysia Dibuka, Ahad Ini
Apa khabar pula Royal Enfield di Malaysia? Mungkin selepas kilang di Thailand beroperasi, harga jualan Royal Enfield di Malaysia akan jadi semakin murah.
SUMBER: IndianaAutosBlog
Leave a Reply