• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Proton Catat Rekod Jualan SUV Terbanyak Sebulan dalam Sejarah Automotif Malaysia

Proton Catat Rekod Jualan SUV Terbanyak Sebulan dalam Sejarah Automotif Malaysia

April 3, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

706
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PROTON mengakhiri suku pertama 2019 dengan mencatatkan jualan 6,145 unit sepanjang Mac lalu, dengan penguasaan pasaran 11 peratus, meningkat 2.6 peratus berbanding bulan sama tahun lalu.

Peningkatan pendaftaran mengatasi jumlah jualan kenderaan (TIV) sebanyak hampir empat kali pada Mac lalu yang menyaksikan pertumbuhan positif industri automotif tempatan dengan anggaran peningkatan 11.8 peratus dari tahun ke tahun.

BACA >>> #Videotomotif: Inilah Pandangan Kami Mengenai Proton X70

Bagaimanapun, Proton mengatasi pasaran dengan peningkatan pendaftaran 46.1 peratus, iaitu kadar pertumbuhan hampir empat kali lebih tinggi daripada TIV!

Proton_2
Proton Iriz (2019) Facelift
Proton_3

Kedudukan keseluruhan jualan Proton mendahului pesaing bagi bulan ini dan suku pertama 2019. Ini juga bermakna pengeluar nasional itu berjaya mendahului jenama automotif keempat paling laris di Malaysia, sekali gus mengukuhkan kedudukan sebagai jenama popular tempatan.

Kejayaan tersebut disumbangkan kerja keras dilakukan Proton dalam menaik taraf Pusat 3S dan 4S,  dan menambah baik kualiti produk, termasuk memberikan tumpuan penuh kepada perkhidmatan pelanggan dan bahagian lain. Mengenai model, X70 mencatatkan angka pendaftaran memberangsangkan, iaitu sebanyak 2,979 unit didaftarkan pada Mac lalu.

BACA >>> Selepas Bandingkan dengan Proton X70, Harga Mula 'Exora Baharu' Mungkin RM100k?

Angka direkodkan Mac itu juga rekod tertinggi pernah dicatatkan dalam industri automotif Malaysia dalam segmen kenderaan utiliti sukan (SUV) dalam masa sebulan. Pada masa sama, lebih 25,000 tempahan diterima yang menjadikan X70 sebagai model Proton paling popular 2019 setakat ini.

Tahniah Proton!

Related

706
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, jualan proton, jualan proton meningkat, jualan proton naik, jualan proton x70, Jumlah Jualan Kenderaan (TIV), Proton, PROTON Holdings Berhad, Proton X70, TIV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Bas Bawa Pelajar UPSI Tayar Pecah Terbabas Masuk Longkang, 17 Cedera
    Bas Bawa Pelajar UPSI Tayar Pecah Terbabas Masuk Longkang, 17 Cedera
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Apakah Kawalan Traksi (TRC)? Bagaimanakah Ia Berfungsi?
    #TahukahAnda: Apakah Kawalan Traksi (TRC)? Bagaimanakah Ia Berfungsi?

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev