SEMUA peminat permotoran semalaysia sudah tahu Yamaha Y15ZR v2.0 baru saja dilancarkan dua minggu lalu di Melaka. Cuma tanda harga belum diumumkan dan masing-masing menjangka ia lebih mahal daripada model sedia ada. Namun, berita terkini yang kami dapat ini memang mengejutkan!
Menurut sumber dipercayai yang enggan dikenali itu, Y15ZR v2.0 yang dijadualkan berada di pasaran pada pertengahan April nanti, akan dijual pada tanda harga tidak kurang RM15,000! Terkejut juga kami mendengar berita ini memandangkan kita semua tahu itu cuma model facelift yang terlebih dahulu dilancarkan di Vietnam.
BACA >>> Akhirnya, Yamaha Y15ZR V2 Kini di Malaysia - Harga Masih Lagi Rahsia!
Namun, katanya, Y15ZR v2.0 di Melaka cuma pelancaran acah atau teaser, kerana pelancaran sebenar akan dibuat bulan ini berserta kejutan kedua, iaitu harga yang mahal!
Tetapi sabar dulu, jangan terus mengamuk. Menurut sumber kami itu, harga mahal itu sebenarnya ditawarkan untuk versi Y15ZR v2.0 Racing Spirit yang dipakejkan dengan fork terbalik (USD) dan enjin ditala semula! Ini juga model kapcai pertama Yamaha yang diperkenalkan untuk pasaran Asean. Siapa cakap Malaysia selalu jadi negara outdated?
Spesifikasi rasmi masih belum dirahsiakan, dan pihak Yamaha nyata pandai menyimpan rahsia. Mujurkan kami ada sumber dipercayai, tetapi enggan dikenali.
Amacam fanatik Yamaha sekalian, on ke tak on? Mungkin enjin yang ditala baharu ini mampu dipecut hingga 180kmj tanpa sebarang masalah? Berapa pula kuasa kuda (hp)? Warna apakah fork USD nanti? Emas, merah jambu atau hitam berkilat?
#AprilFool
Leave a Reply