• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Geely-Daimler Jalin Kerjasama 50:50, Rancang Bangunkan EV Jenama Smart

Geely-Daimler Jalin Kerjasama 50:50, Rancang Bangunkan EV Jenama Smart

March 31, 2019 By Abang Hirata 1 Comment

257
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENGERUSI Geely Holding, Li Shufu patut diberikan anugerah tokoh automotif antarabangsa atas kejayaan memeterai begitu banyak perjanjian pada skala global bermula Volvo Cars, Proton, Lotus dan kini Daimler untuk jenama Smart.

Pada 28 Mac 2019, Daimler AG dan Zhejiang Geely Holding Group mengumumkan penubuhan kerjasama 50:50 untuk pemilikan, operasi dan pembangunan Smart, iaitu jenama kenderaan urban yang menjadi peneraju kenderaan elektrik (EV) premium. Di bawah perjanjian kerjasama itu, model elektrik Smart generasi baharu akan dikeluarkan daripada kilang elektrik baharu di China dengan jualan global bermula 2022.

BANGUNKAN KENDERAAN ELEKTRIK (EV)

Pengerusi Lembaga Pengurusan Daimler AG dan Ketua Mercedes-Benz Cars, Dieter Zetsche berkata, kedua-dua syarikat akan bersama merekabentuk dan membangunkan EV Smart generasi baharu untuk pasaran China dan antarabangsa. Pada masa sama, Mercedes-Benz akan mengeluarkan EV kompak di kilang Hambach, Perancis supaya dapat mengekalkan pelaburan baharu di fasiliti tersebut.

BACA >>> Rekabentuk Proton Akan Tampil Unik dan Berbeza daripada Geely - Peter Horbury

Perincian Kerjasama Geely dan Daimler

  • Lembaga pengarah terdiri daripada enam ahli dengan jumlah pembahagian sama rata antara Geely dan Daimler.
  • Selain pengurusan tertinggi Daimler dan Mercedes-Benz, ahli lembaga pengarah diwakili sendiri Li Shufu, An Conghui selaku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Geely Auto, dan Daniel Donghui Li selaku Naib Presiden Eksekutif Geely Holding dan Ketua Pegawai Kewangan (CFO).
  • EV Smart generasi baharu akan direka rangkaian global Mercedes-Benz Design, manakala aspek kejuruteraan dibangunkan Pusat Kejuruteraan Global Geely.
  • Kilang pengeluaran masa depan akan beroperasi di China.
  • Antara produk baharu dirancang ialah kenderaan segmen-B.
  • Sementara menunggu pelancaran model baharu bermula 2022, Daimler akan mengeluarkan model Smart sedia ada di kilang Hambach di Perancis untuk Smart EQ Fortwo dan kilang Novo Mesto, Slovenia untuk Smart EQ Forfour.
  • Mercedes-Benz akan menggunakan kilang di Hambach untuk pengeluaran EV kompak di bawah penjenamaan EQ. Mercedes-Benz juga bakal melabur €500 juta (RM2.3 bilion) untuk kilang ini.
  • Kerjasama ini dijangka dimuktamadkan pada penghujung 2019.
  • Terma kewangan kerjasama kedua-dua syarikat belum didedahkan.

BACA >>> Harga, Spesifikasi Menarik Geely Binyue Jadi Penanda Aras Baharu SUV di Malaysia?

Related

257
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Daimler AG, Dieter Zetsche, Geely, Geely-Daimler, Li Shufu, Mercedes-benz, SMART, Zhejiang Geely Holding Group

Comments

  1. Alson says

    April 1, 2019 at 9:29 AM

    Dimasa Akan datang Proton saga boleh menggunakan enjin electric smart.. Saga Varian ev dimasa hadapan hendaknya..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev