• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Marquez Jangka Honda Akan Tiru Spoiler Swingarm Seperti Ducati

Marquez Jangka Honda Akan Tiru Spoiler Swingarm Seperti Ducati

March 29, 2019 By Aryon Leave a Comment

213
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


ADINDA Marc Marquez mengaku yang pasukannya, Repsol Honda (dan pesaing MotoGP lain) akan cuba menghasilkan peranti atau spoiler swingarm versi sendiri seperti Ducati secepat mungkin selepas Mahkamah Rayuan MotoGP memutuskan ia sah digunakan.

Kenyataan itu dibuat Marquez kepada MCN menjelang saingan GP Argentina, hujung minggu ini.

"Aku tak tahu situasi tersebut, tetapi aku tahu Honda pasti cuba menganalisis situasi berkenaan untuk memahami apakah fungsi dan di mana kami dapat menambah baik dengan peranti itu. Aku pasti semua pengeluar akan cuba kerana bila satu pasukan buat, yang lain pun biasanya akan buat. Tetapi aku tak pasti ia beri banyak kelebihan," kata juara bertahan itu.

SUZUKI PUN AKAN KAJI KELEBIHAN WINGLET

Rakan senegara, Alex Rins daripada Pasukan Ecstar Suzuki turut sependapat dengan Marquez. Walaupun merasakan peranti itu tidak beri banyak kelebihan, tetapi pasukannya akan berusaha untuk memastikan sama ada ia benar-benar bermanfaat atau tidak, sebelum memutuskan penggunaannya.

BACA >>> Bos Suzuki Ecstar Jelas Sebab Kenapa Protes Peranti Swingarm Dibuat Terhadap Ducati

"Apabila satu jentera melakukan perkara berbeza, pengeluar lain biasanya akan cuba buat perkara sama. Saya tamat di tempat ketiga di Qatar dan hampis seluruh perlumbaan bersaing dengan Dovi dan spoiler tersebut. Dan aku tak rasa banyak perbezaan, cuma (berbeza) atas laluan lurus dan itu mungkin sebab perkara lain," katanya.

SUMBER: MCN

Related

213
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Andrea Dovizioso, Auto Terkini, Ducati Team, Marc Marquez, MotoGP 2019, Peranti Swingarm, Repsol Honda, Spoiler Swingarm, sukan permotoran, Winglet Swingarm

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my