• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Bikin Kereta / BMW E30 - Nampak 'Simple' Tapi Unik

BMW E30 - Nampak 'Simple' Tapi Unik

March 18, 2016 By Abang GYL 1 Comment

635
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

BMW E30NAMPAK ‘simple’, tetapi siapa sangka BMW E30 yang menghiasi ruangan Bikin Kereta kali ini memiliki keunikannya tersendiri. Lencana BMW yang terserlah gah di hadapan bonet tidak melambangkan identiti sebenarnya apabila tugasan nadi utama M20B20 diserahkan kepada enjin RB25 Nissan Skyline R32.

Bukan itu saja, enjin berprestasi tinggi milik Mon Azren itu sudah menjalani beberapa penambahbaikan. Bermula dari bahagian pengambilan udara, ia menggunakan ‘Manifold’ dari Nismo yang ditempah khas bersama-sama ‘throttle body’ jenis super 90mm V8 dan ‘adapter’.

BMW E30PRESTASI:

Sistem ‘Blow-off’ dari Blitz pula menjadi pilihan bersama ‘Tail Wastegate’ berprestasi tinggi. Bagi melancarkan lagi sistem aliran turbo RB25, ‘ballbearing’ turbo jenis AR60 ‘low mount’ dipadankan pada ruangan enjin.

Bagi mendapatkan penghasilan bunyi lebih menarik, empunya jentera ini menempah khas ekzos tinggi Sebring yang dibawa khas dari Austria.

BMW E30    BMW E30

Beralih pada kotak gear, jentera ini dibantu oleh transmisi RB20 yang memiliki  sistem ‘Limited Slick Differential’ atau dikenali sebagai LSD. Manakala klac digunakan juga dari RB20 jenis ‘Super Single Cultch’. Kotak komputer asal milik nadi RB25 ini kemudian di program semula agar bersesuaian terhadap modifikasi dilakukan.

Aspek kestabilan, ia menggunakan suspensi boleh laras jenis Hi Lo Soft Hard dari TEIN. Manakala bahagian cengkaman diserahkan kepada tayar Bridgestone Potenza RE001 bersama rim AC Schnitzer Type 2 Racing.

BMW E30    BMW E30

LUARAN:

Beralih ke bahagian luaran, ia masih mengekal bodykit asal E30 M Tech 2. Selain itu, beberapa ciri tambahan turut dilakukan seperti bumbung panoramik dan ‘pop up back side mirror’.

BMW E30    BMW E30

DALAMAN:

Memasuki ruangan dalaman, terdapat beberapa modifikasi dilakukan. Antaranya penggunaan kerusi Recaro jenis SR 3, stereng ‘signature’ M Tech 2 dan quick shifter. Untuk hiburan, Mon Azren memilih set Bose Sound System.

Pada pandangan anda, pelik tak jentera ini?

BMW E30

FOTO Shah Bahulu@Adam Photography

SPESIFIKASI:

BMW E30 1986

ENJIN ASAL M20B20
MODIFIKASI ENJIN RB 25 Nissan R32, intake manifold Nismo custom with super 90mm V8 throttle body with adapter, RB26 plug coil and super sprint heavy duty plug, Blitz blow-off, Tail wasgate, AR60 ballbearing turbo low mount, ARC radiator, Blitz front mount intercooler, exhaust Sebring made in Austria
TRANSMISI RB 20 super single clutch, RB 20 gearbox,differential LSD 373
ELEKTRONIK Re-chip computer box
SUSPENSI TIEN Adjustable hi lo, soft hard
BREK Brembo 4pot
RODA Rim Ac Schnitzer Type 2 Racing 17”, tayar Bridgestone Potenza RE001
DALAMAN Recaro SR 3, steering M Tech 2, ACFC, quick shifter, Bose sound system
LUARAN Bodykit original M Tech 2, Hella smoke light, M3 side mirror, sunroof, pop out back side mirror
BENGKEL & TUNER Ajay Motorsport Sunway,Wan Ekzos Sunway
PEMILIK Mon Azren

BMW E30
BMW E30
BMW E30
BMW E30
BMW E30
BMW E30
BMW E30
BMW E30
BMW E30
BMW E30
BMW E30
BMW E30
BMW E30
BMW E30
BMW E30
BMW E30
BMW E30
BMW E30
BMW E30
BMW E30

Related

635
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Bikin Kereta Tagged With: Bikin Kereta, BMW E30, Modifikasi, Mon Azren, Nissan Skyline R32, Tuner

Comments

  1. Ersin says

    October 12, 2024 at 6:52 PM

    Bu there which color code is this ? Can you tell me The name or code pelase thanks

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Ops Khas Hari Raya Aidiladha 2025 Mula 4 Jun Ini di Seluruh Negara
    Ops Khas Hari Raya Aidiladha 2025 Mula 4 Jun Ini di Seluruh Negara
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Penipuan, Kurang Ketelusan Jejas Kepercayaan dalam Pasaran Motosikal Terpakai
    Penipuan, Kurang Ketelusan Jejas Kepercayaan dalam Pasaran Motosikal Terpakai

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev