• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / PUSPAKOM Sedia Terima Kehadiran Pemeriksaan E-Hailing

PUSPAKOM Sedia Terima Kehadiran Pemeriksaan E-Hailing

March 28, 2019 By Abang GYL Leave a Comment

350
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Pemeriksaan E-Hailing SELARAS pengumuman dibuat Kementerian Pengangkutan, PUSPAKOM Sdn Bhd (PUSPAKOM) menyarankan agar semua pemandu kenderaan E-Hailing supaya tidak menunggu hingga saat akhir bagi menjalani pemeriksaan sebelum peraturan dikuatkuasakan bermula 12 Julai 2019.

Pada masa sama, PUSPAKOM sudah mengambil pelbagai inisiatif bagi memenuhi permintaan pemandu kenderaan E-Hailing. Antaranya, melanjutkan waktu operasi dan memberi taklimat khas serta garis panduan untuk pemeriksaan E-Hailing.

Pemeriksaan E-Hailing PUSPAKOM Pemeriksaan E-Hailing BACA >>> Grab Malaysia Kuat Kuasakan Caj Pembatalan 25 Mac Ini, 100 Peratus Milik Pemandu

JANGAN TUNGGU SAAT AKHIR

Ketua Pegawai Eksekutif PUSPAKOM, Shukor Ismail berkata. pihaknya bersedia menerima kehadiran kenderaan E-Hailing sejak Januari 2019 namun sehingga kini masih belum ada yang hadir.

Tambah Shukor, PUSPAKOM berharap agar pemandu E-Hailing yang memiliki kenderaan berusia tiga tahun ke atas dari tarikh pendaftaran dapat membawa kenderaan ke mana-mana cawangan terdekat PUSPAKOM.

“ Kami juga menggalakkan mereka menggunakan sistem temujanji dalam talian menerusi www.mypuspakom.com.myatau aplikasi MyPUSPAKOM bagi memastikan pemeriksaan dapat siap dalam masa sejam.

“ Perkhidmatan Unit Bergerak Trak PUSPAKOM juga bersedia menerima kehadiran mereka. Saya berharap mereka tidak menunggu saat terakhir bagi melakukan pemeriksaan berkenaan,” katanya lagi.

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi talian bebas tol PUSPAKOM di 1-800-88-6927 atau emel customerservice@puspakom. com.my atau layari laman Facebook rasmi PUSPAKOM Sdn Bhd atau laman sesawang www.puspakom.com.my

BACA >>> Ketahui 6 Fakta Penting PUSPAKOM, Jangan Biarkan Hidup Anda Diselubungi Misteri

Pemeriksaan E-Hailing PUSPAKOM Pemeriksaan E-Hailing PUSPAKOM Pemeriksaan E-Hailing PUSPAKOM

Related

350
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: MyPUSPAKOM, pemandu E-Hailing, Pemeriksaan E-Hailing PUSPAKOM, PUSPAKOM, Shukor Ismail

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!
    CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev