SATU keunikan Porsche selain rekabentuk yang kekal dengan konsep sama ialah enjin boxer. Namun, legasi tersebut bakal berubah dek peredaran zaman dan undang-undang alam sekitar. Sama seperti pengeluar massa lain, Porsche bakal memperkenalkan model kuasa elektrik sepenuhnya, dikenali sebagai Taycan.
Bagaimanakah respon pasaran apabila DNA Porsche bakal berubah?
Setakat ini positif apabila Taycan berjaya menarik minat lebih 20,000 pelanggan untuk mendaftar. Ini memang mengejutkan kerana Porsche belum pun mendedahkan model sebenar. Malah, setiap pendaftaran memerlukan bayaran deposit bernilai €2,500 (RM11,463) di Eropah.
BACA >>> #TahukahAnda: Porsche Keluar Video Rasmi Ajar Cara Sebut Porsche Versi Original
Taycan hanya akan diperkenalkan kepada umum pada September nanti dan mereka yang berminat perlu menunggu hingga model itu dilancarkan ke pasaran, iaitu sebelum hujung tahun ini.
PRESTASI LUAR BIASA
Taycan menawarkan prestasi luar biasa, iaitu kuasa pecutan 0-100kmj sepantas kurang 3.5 saat dan 0-200kmj di bawah 12 saat! Lagi?
Apa guna prestasi jika tidak mampu bergerak jauh. Menariknya, jarak perjalanan Taycan dengan isian cas penuh ialah lebih 500km mengikut penilaian Kitaran Pemanduan Eropah Baharu (NEDC). Malah, keupayaan mengecas jarak perjalanan hingga 100km pula dapat dibuat dalam tempoh 4 minit saja.
Taycan digerakkan dua motor sinkronais, PSM dengan output kuasa lebih 440kW (600hp). Pemilihan nama Taycan begitu signifikan buat Porsche yang bermaksud 'kuda muda aktif', merujuk kepada gambar kuda dalam posisi mahu melompat seperti tertera pada logo Porsche sejak 1952.
Porsche juga tidak pernah kekurangan idea untuk menamakan model jenama itu seperti Cayenne, Macan dan Panamera. Susulan permintaan tersebut, Porsche menambah kapasiti pengeluaran menerusi penambahan pekerja dan pelaburan.
BACA >>> Geely Mahu Labur RM7.7 Bilion dalam Lotus, Cabar Porsche dan Ferrari
Leave a Reply