• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Benelli Lancar VZ125i, Skuter Sporty Gaya Urban

Benelli Lancar VZ125i, Skuter Sporty Gaya Urban

April 1, 2019 By Aryon Leave a Comment

1.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BENELLI Malaysia melancarkan skuter pertama, VZ125i untuk pasaran tempatan dengan menampilkan rekabentuk sporty dan bergaya urban yang pasti menepati cita rasa penunggang moden masa kini.

Benelli VZ125i dijana enjin dua injap 4-lejang silinder tunggal 124cc SOHC dengan teknologi suntikan bahan api elektronik (EFI) dan pencucuhan TLI yang mampu menjana kuasa 8.4hp @ 7,500rpm dan tork 9.2Nm @ 6,000rpm, manakala sistem transmisi menggunakan kotak gear CVT baharu. Selain mudah ditunggang, skuter ini juga menjanjikan hantaran kuasa yang lancar.

Sistem suspensi VZ125i varian Standard dilengkapi fork teleskopik di depan dan spring teleskopik rendaman minyak di belakang. Varian Special Edition (SE) pula menawarkan suspensi teleskopik rendaman minyak berserta subtangki di belakang.  Sistem brek VZ125i dilengkapkan brek cakera dua piston berdiameter 220mm di depan untuk keyakinan dan keselamatan maksimum, manakala brek belakang darpada jenis dram.

Ciri lain ditawarkan VZ125i ialah sut anti-kecurian, cangkuk helmet bawah pelana, pengecas USB dan cangkuk gantung depan yang membuatkan skuter ini cukup praktikal dijadikan motosikal harian buat si pemiliknya

SENTUHAN ANTARABANGSA

VZ125i direka pasukan rekabentuk antarabangsa Benelli terkenal dunia yang mengetengahkan gaya rekaan dinamik sebagai elemen keunikan Benelli. Bahagian depan dilengkapi panel instrumen paparan LCD, lampu depan dan lampu signal LED dengan fungsi lampu kecemasan hazard light. VZ125i juga ialah skuter pertama dalam segmennya di Malaysia yang memperkenalkan fungsi hazard light.

VZ125i direka khusus untuk cita rasa penunggang Malaysia, terutama pelajar dan penunggang wanita untuk dijadikan kenderaan harian. Jika dibandingkan skuter ini dengan model pesaing dalam segmen sama, pengguna pasti kagum dan rasa berbaloi dengan ciri unik yang ditawarkan pada harga  kompetitif.

VZ125i boleh didapati dalam 3 pilihan warna dan harga berbeza iaitu:

  • Matte Blue - RM5,288.00
  • Chili Red - RM5,288.00
  • Matte Black (SE) - RM5,588

* Semua harga termasuk SST, tetapi tidak termasuk cukai jalan dan insurans.

HADIAH PERCUMA

percuma-benelli-vz125i-2019-1
percuma-benelli-vz125i-2019-2
t-shirt-merchandise-benelli-vz125i-2019-malaysia-2
t-shirt-merchandise-benelli-vz125i-2019-malaysia-1
percuma-benelli-vz125i-2019-3

Menariknya, Benelli menawarkan promosi pelancaran yang mana pembeli awal VZ125i akan mendapat jersi percuma, dan juga berpeluang memenangi jaket percuma.

Jadi, tunggu apa lagi! Sila kunjungi kedai motor dan pengedar sah Benelli seluruh Malaysia sekarang! Baca maklumat lengkap tentang Benelli VZ125i di SINI!

GALERI

Related

1.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: 2019 Benelli VZ125i, Benelli VZ125i, Benelli VZ125i 2019, Benelli VZ125i baru, Benelli VZ125i malaysia, harga Benelli VZ125i, skuter Benelli VZ125i

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev