• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Haval H2 Sedia Cabar SUV Segmen-C Di Malaysia

Haval H2 Sedia Cabar SUV Segmen-C Di Malaysia

March 18, 2016 By Abang GYL Leave a Comment

521
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Haval H2HAVAL H2 dijangka akan menjengah pasaran Malaysia tidak lama lagi. Mula membuat pratonton umum semasa NST-MAI ASEAN Auto Show 2015, Haval H2 bakal memberi saingan baharu kepada model SUV Segmen-C.

MODEL PESAING HAVAL H2:

  • Kia Sportage
  • Hyundai Tucson
  • Honda CR-V
  • Mazda CX-5.

Haval H2    Haval H2

Debaran pelancaran juga semakin terasa apabila Haval Malaysia mendedahkan spesifikasi H2. Menerusi halaman Haval Malaysia, H2 hanya akan ditawarkan dalam satu varian iaitu 2WD Dignity.

Haval H2PRESTASI:

Haval H2 dijana unit enjin 1.5L 4G15B 4-silinder dual-VVT. Hasil bantuan kotak gear automatik 6-kelajuan bersama pengecas turbo, ia mampu menghamburkan kuasa sebanyak 147hp pada 5,600rpm dan tork puncak 210Nm (2,200 - 4,500rpm).

Haval H2LUARAN:

Melihat dari bahagian hadapan, H2 dipadankan dengan lampu halogen bersama lampu LED nyalaan siang. Gril dengan kemasan krom ternganga luas membuatkan ia tampak lebih garang dan menarik.

BACA: Haval M4 ELITE (2016) - RM75,353

Selain itu, ia juga didatangkan dengan bumbung panoramik. Lebih menarik, model SUV ini bakal hadir dalam dua tona warna berbeza. Bukan saja bahagian luaran, ruangan kabin turut menerima nasib yang sama. Walau bagaimana, pilihan atau padanan warna masih belum didedahkan oleh Haval Malaysia.

Haval H2DALAMAN:

Memasuki bahagian kabin, anda pasti terkejut dengan kemasan kualiti yang dipamerkan. Persepsi ramai yang menyatakan kenderaan dari China kurang berkualiti tidak lagi boleh diguna pakai. Kenapa? Haval H2 'menghidangkan' tempat duduk kulit yang boleh dilaras dengan kuasa elektik pada bahagian penumpang.

Haval H2    Haval H2

Ia juga didatangkan dengan sistem kemasukan tanpa kunci dan butang penghidup enjin bersama kamera undur. Bukan itu saja, stereng turut dibaluti kulit selain boleh dipadankan dengan butang kawalan infotaiment.

Selain itu, ia juga memiliki sistem audio dengan skrin sentuh, pendingin hawa automatik dua zon dan banyak lagi.

Haval H2

HARGA:

Buat masa ini, Haval Malaysia juga tidak mendedahkan anggaran harga jualan bagi model SUV ini. Dari pandangan tim Pandulaju, harga jualan mungkin lebih murah berbanding pesaingnya yang lain. Boleh jadi juga RM20,000 lebih murah. Walau bagaimana, ia hanya tekaan kami.

Mari kita sama-sama menantikan kehadiran 'baby' baharu Haval Malaysia.

Haval H2
Haval H2
Haval H2
Haval H2
Haval H2
Haval H2
Haval H2
Haval H2
Haval H2
Haval H2
Haval H2
Haval H2
Haval H2
Haval H2
Haval H2

Related

521
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Great Wall Malaysia, GWM, Haval H2, Haval Malaysia, Honda CR-V, Hyundai Tucson, Kia Sportage, Mazda CX-5, Segmen C, SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev