BUKAN berita baru lagi, Geely pada 14 Mac lalu melancarkan model kenderaan pelbagai guna (MPV), Jia Ji untuk pasaran China, yang turut disebut-sebut sebagai bayangan pengganti Proton Exora. Ini dikuatkan lagi dengan imej intip 'Exora baharu' di media sosial yang khabarnya sedang dalam proses kajian dan penyelidikan (R&D).
MPV dengan gaya muda, bergaya, pintar dan hijau itu mewakili cabang baharu dalam produk Geely yang sebelum ini lebih menumpukan kepada segmen kenderaan utiliti sukan (SUV) dan sedan. Ia juga MPV global pertama Geely yang menampilkan estetika dan falsafah rekabentuk di luar kebiasaan MPV tradisional.
Jia Ji ialah MPV berorientasikan famili dengan rekabentuk slik dan memenuhi keperluan mobiliti keluarga moden menerusi visual dan pengalaman pemanduan baharu. Tetapi berapakah harga MPV itu di pasaran China? Berapa pula ramalan harga 'Exora baharu' di Malaysia?
BACA >>> Geely Dedah Nama MPV VF11, Model Pengganti Exora Menjelang 2020?
BERAPA HARGA JIA JI VS BOYUE? BERAPA HARGA 'EXORA BAHARU'?
Berikut ialah julat harga Jia Ji dan Boyue (Proton X70 di Malaysia) untuk pasaran China:
- Jia Ji: 99,800-182,800 yuan (RM60,300-110,400)
- Boyue: 98,800-159,800 yuan (RM59,700-96,600)
Harga varian aras mula cuma berbeza 1,000 yuan (RM600, Boyue lebih murah), tetapi Jia Ji premium lebih mahal daripada Boyue premium dengan beza sebanyak 23,000 yuan (RM13,900).
Berikut pula harga Proton X70 di Malaysia:
- Standard 2WD - RM99,800
- Executive 2WD - RM109,800
- Executive AWD - RM115,800
- Premium 2WD - RM123,800
Jika mengambil kira beza harga paling rendah dan tinggi antara Jia Ji dan Boyue, dan gunakan sebagai subjek untuk meramalkan harga 'Exora baharu', harganya akan jadi seperti berikut:
- Manual - RM100,400 (+RM600 daripada X70 Standard 2WD)
- Automatik - RM???
- MHEV (hibrid ringan) - RM???
- PHEV (hibrid plug-in) - RM137,700 (+RM13,900 daripada X70 Premium 2WD)
Jadi harga 'Exora baharu' diramalkan bermula RM100,400-RM137,700, beza yang agak besar antara varian aras mula dan paling premium, iaitu hampir RM37,300! Tetapi ingat, harga varian aras mula Jia Ji semestinya untuk varian manual, manakala harga paling mahal ialah PHEV (hibrid plug-in) sebagai varian paling premium.
Namun, jika mengambil kira trend semasa Malaysia, ada kemungkinan kedua-dua varian tersebut (manual, dan PHEV) tiada dalam senarai varian 'Exora baharu'. Boleh jadi juga model hibrid yang tiada, tetapi manual ada. Lagipun harga aras mula X70 ialah varian automatik, dan bukan manual. Kalau manual mungkin lebih murah. Apapun, kita serahkan kepada Proton untuk buat keputusan.
BACA >>> MoU Baharu dengan Geely, Proton Bakal Masuk Pasaran dan Bina Kilang di China
Kalau diikutkan harga ramalan di atas (atas RM100,000), memang agak keras juga harga 'Exora baharu' nanti. Adakah Proton sedang cuba memposisikan statusnya sebagai jenama nasional mewah, khas untuk golongan kelas menengah dan bukan lagi kereta marhaen untuk pembeli kebanyakan?
Apapun, itu semua cuma ramalan. Janganlah sampai bergaduh dan diselubungi misteriiiiiii....
Alson says
Berbaloi..! Dengan harga ramalan Yang admin berikan, cici-ciri Yang diberikan, teknologi terkini, serta penjimatan bahan bakar, etc....
Exora MHEV (hibrid ringan) - anggaran petrol 6L-7L/100km
Exora PHEV (hibrid plug-in) - anggaran petrol 1L-2L/100km
Roadtax juga murah kerana enjin bersesaran 1500cc
Dan says
Exora kekalkan for entry market MPV dan yang Geely Rebadged ni masukkan untuk lawan @ curi market MPV 100k ke 130k. Buat apa dia gantikan Exora, bagi nama baru.
wapalewheels says
Proton is known as Rakyat cars. Please consider the min specs for rakyat in B40 category to buy it, and make the min price between RM60-70k. They might use it not only for family use but also to carry out the pisang goreng tools inside it.
orangkampong says
proton sudah jadi jenama premium jadi kami rakyat marhen kena usaha lebih le nmpaknya untuk upgrade menjadi rakyat kelas premium juga. hurmm...
Alson P says
Proton should consider replacement model for Proton Juara and Ertiga replacement.... Price range around rm50k - rm60k as rakyat Cars...
For B40s