• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Triumph Scrambler 1200 XC dan XE Kini di Malaysia, Harga Bermula RM80k

Triumph Scrambler 1200 XC dan XE Kini di Malaysia, Harga Bermula RM80k

March 20, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

207
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TAHUN LALU, Triumph rasmi melancarkan model advencer naked, Triumph Scrambler 1200. Masih mengekalkan DNA Triumph, model baharu kali ini tampil cukup bergaya dan mampu menarik minat sesiapa saja yang memandang.

Lebih menarik, pasaran tempatan tidak menunggu lama untuk menantikan ketibaan Scrambler 1200 menerusi dua pilihan model: 1200 XC dan 1200 XE. Dibawakan Fast Bike Sdn Bhd selaku pengedar rasmi jenama Triumph di Malaysia, kehadiran dua model tersebut menawarkan pilihan tambahan kepada peminat off-road.

BACA >>> Triumph Lancar Dua Scrambler 1200 (2019) - XC dan XE

Scrambler 1200 XC lebih kepada jentera dwi-guna yang menumpukan kepada pengguna jalanan, manakala Scrambler 1200 XE dibangunkan sebagai mesin off-road yang liar dan buas, juga ciri yang tidak dimiliki Street Scrambler.

Apa yang unik, penampilan Scrambler 1200 XE lebih funky dengan tangki dua tona berserta strip hitam, berwarna biru cerah dan putih, sebaliknya versi jalanan, 1200 XC bertangki hitam dan hijau yang masing-masing ada strip halus.

ENJIN LASAK DAN BERKUASA

Motor Triumph 2019_PanduLaju.jpg16
Motor Triumph 2019_PanduLaju.jpg18
Motor Triumph 2019_PanduLaju.jpg19

Kedua-dua model didatangkan dengan enjin 1200cc penyejukan cecair SOHC Parallel Twin berkuasa 88hp @ 7,400rpm dan tork 110Nm @ 3,950rpm. Kuasa dihasilkan Scrambler 1200 ialah 38 peratus lebih tinggi dan 37.5 peratus lebihan tork berbanding Street Scrambler (2019). Hantaran kuasa ke roda belakang disalurkan menerusi transmisi klac manual 6-kelajuan.

BACA >>> Video Acah Kedua Triumph Scrambler 1200 dengan Perincian Lebih Jelas

TEKNOLOGI MENDAHULUI KELAS

Motor Triumph 2019_PanduLaju.jpg34
Motor Triumph 2019_PanduLaju.jpg26
Motor Triumph 2019_PanduLaju.jpg31
  • Instrumen TFT Generasi Kedua: Kedua-dua model didatangkan dengan TFT warna penuh bersama dua tema rekabentuk yang boleh dilaraskan sendiri. Malah pemilik juga boleh mengemaskini permulaan skrin dengan nama sendiri.
  • 6 Mod Tunggangan: Pilihan Mod Road, Rain, Off-Road dan Sport akan mengubah respon terotel, tetapan ABS dan kawalan tork.Scrambler 1200 XE diberikan tambahan mod tunggangan Off-Road Pro, khas untuk tunggangan jelajah dan trek lasak. Mod Off-Road Pro berfungsi mematikan sistem ABS dan memetakan semula terotel mode Off-Road.
  • ABS Selekoh Optimum (XE): Didatangkan sebagai standard untuk mengoptimumkan prestasi membrek dalam apa juga keadaan condong. Scrambler 1200 XC menampilkan ciri ABS boleh ubah. Tiga mod ABS boleh dipilih secara manual menerusi mod tunggangan konfigurasi penunggang. 
  • Unit Ukuran Inersia (IMU): Hanya ditawarkan untuk XE, sistem ini dibangunkan dengan kerjasama Continental, untuk menyokong fungsi optimum ABS Selekoh dan Kawalan Traksi. IMU mengambil kira unjuran olengan, kecerunan, sudut condong dan kadar pecutan.
  • Kawalan Traksi Selekoh Optimum (XE): Sistem ini secara automatik menyesuaikan tahap kawalan cengkaman bergantung kepada keadaan tunggangan. Ia mengekalkan peringkat kawalan traksi bagi sudut condong motosikal. Scrambler XC pula didatangkan dengan kawalan traksi boleh ubah dengan 5 mod tunggangan manual menerusi mod tunggangan konfigurasi penunggang.
  • Sistem Kawalan GoPro Bersepadu Pertama Dunia: Memudahkan operasi kamera GoPro menerusi sambungan Bluetooth. Sambungan dan kawalan dipaparkan pada paparan TFT bagi membolehkan operasi video dan foto secara intuitif menggunakan alat suis.
  • Sistem Navigasi Turn by Turn: Menggunakan sistem navigasi Google menerusi sambungan Bluetooth. Selepas penunggang memilih laluan pada aplikasi Triumph dan memulakan perjalanan, ia akan mempamerkan simbol belok pada skrin menggunakan ikon grafik mudah. Sistem ini memberikan navigasi, perancang laluan, destinasi akhir dan tempat menarik seperti hotel, stesen petrol dan restoran buat penunggang.
  • Lampu LED: Kedua-dua model didatangkan dengan lampu LED, termasuklah lampu depan 5 inci, lampu belakang dengan perincian lebih menarik dan indikator.
  • Klac Bantuan Tork: Direka untuk mengurangkan bebanan pada tuil klac dengan sentuhan lebih ringan dan selesa untuk tunggangan jauh.
  • Penghidup Enjin Tanpa Kunci: Didatangkan standard, pemilik boleh mematikan fungsi transmisi tanpa kunci dengan sentuhan pada butang untuk keselamatan.
  • Port USB: XE dan XC didatangkan dengan soket kuasa USB 5 volt bawah pelana.

PILIHAN WARNA DAN HARGA

  • Scrambler 1200 XC (hitam, hitam kusam, hijau khaki dan hijau Brooklands) - RM80,900
  • Scrambler 1200 XE (putih, hijau Brooklands, biru dan hitam) - RM86,900

* Model import dari Thailand dan harga  termasuk 10% cukai jualan dan perkhidmatan 

BACA >>> Triumph dalam Ant-Man and the Wasp Marvel Berpisah dengan Harley-Davidson?

PERBEZAAN DIMENSI

GALERI

TRIUMPH SCRAMBLER 1200 XC

TRIUMPH SCRAMBLER 1200 XE

Related

207
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Fast Bikes Sdn Bhd, roda2, Triumph, Triumph Scrambler 1200, Triumph Scrambler 1200 XC, Triumph Scrambler 1200 XE

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev