KALI terakhir Modenas memperkenalkan motosikal baharu ialah Jun 2013 menerusi pelancaran 118 EFi. Selepas berdiam diri selama dua tahun, Modenas kembali merancakkan segmen dua roda menerusi pengenalan model terbaharu, CT 115S.
Jika mengimbau kembali usia Modenas yang sudah menjangkau dua dekad, saya yakin antara model masih menjadi ingatan dan kegemaran ramai sudah pasti Kriss dan Jaguh. Dua model itu boleh diberikan status 'ikonik' apabila bersembang pasal Modenas.
BACA >>> 5 Kapcai Bajet Gaya Sporty (Harga +- RM4K Sahaja)
Namun apakan daya, kehebatan Kriss dan Jaguh tidak 'diturunkan' kepada model-model baharu Modenas. Hasilnya, Modenas nampak agak menyepi dan berhibernasi dalam tempoh agak lama. Entah di mana silapnya hingga membuatkan pembeli terlupa yang kita sebenarnya ada pengeluar motosikal nasional.
Sehinggalah Modenas bangkit kembali dengan lembaran baru menerusi pengenalan CT 115S pada September 2015. Tidak dinafikan ramai peminat moped terkejut dengan kehadiran kapcai itu. Mungkin kerana kali ini ia hadir dengan rekaan lebih umphhh...
Ya, saya mengakui rekabentuk CT 115S agak menarik dan tampak lebih mantap jika dibandingkan model Modenas lain. Bagi mendalami hal spesifikasi, Modenas memberikan saya peluang menunggang uji model ini untuk merasai sendiri kehebatannya.
REKABENTUK SPORTY
Pertama kali melihat CT 115S, kapcai ini berjaya membuatkan hati saya cair dek rekabentuk yang sporty dan ranggi, walaupun apabila dilihat dari sisi, nampak seakan meminjam DNA Yamaha LC.
Ya, sekilas pandang, rekaan kedua-dua model itu tampak sama. Menurut Modenas, rekaan seperti itu ditampilkan selepas mengambil kira pandangan, kehendak dan cita rasa pengguna Malaysia. Namun, apabila diteliti lebih terperinci, CT 115S memiliki personaliti tersendiri.
BACA >>> Perbandingan Sportbike RM12K: Yamaha R15 atau Modenas Pulsar RS200?
Antara ciri baharu model kapcai ini ialah ciri pengecas serba guna di bawah pelana yang pasti menjadi kegemaran penunggang muda masa kini. Sambil tunggang motosikal, sambil cas telefon. 🙂
CT 115S ialah model baharu dalam varian model CT, dibangunkan 100 peratus unit Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Modenas di Gurun, Kedah. Bagaimanapun, ruang enjin bersesaran 114.8cc mendapat kerjasama Kawasaki untuk dalam memastikan kecekapan dan penjimatan api.
TUNGGANG UJI
Sepanjang melayan jentera ini selama tiga hari, saya dapati prestasi ditawarkan cukup memuaskan dengan hantaran kuasa diberikan cukup lancar. Malah, mendapatkan kelajuan 100kmj bukan lagi jadi penghalang. Saya juga tertarik dengan bunyi ekzos yang agak sedap didengar.
Bagi keselesaan menunggang, CT 115S menggunakan suspensi absorber tunggal aka monoshock boleh laras 5 tetapan mengikut gaya dan keselesaan tunggangan. Dari aspek prestasi, tiada sebarang masalah dengan jentera ini. Sayangnya, kualiti pemasangan sedikit mengecewakan. Ada beberapa bahagian mungkin boleh dikemaskan lagi.
Secara keseluruhan, kapcai ini bukan saja sesuai untuk anak muda, lelaki ataupun wanita kerana mudah dikendalikan. Lebih penting, Modenas perlu bekerja lebih keras dari segi pemasaran bagi memastikan jenama ini terus memuncak naik dan bukan berdiam diri terlampau lama.SPESIFIKASI
MODENAS CT 115S
ENJIN 114.8cc, satu silinder 4-lejang, SOHC
TRANSMISI 4-kelajuan
KUASA MAX 8.8hp @ 9,000rpm
TORK MAX 8.1Nm @ 5,000rpm
BREK HADAPAN Cakera
BREK BELAKANG Dram
KAPASITI TANGKI 4.8L
HARGA RM4,988 (tanpa insurans dan GST)
Mohd nasir says
Saya memiliki modenas ct115s,
Meter minyak rosak,bila bawa gear 3 bergegar,untuk masa ni yg lain ok dan mantap.
Rezz says
Dh bli..so far dh pkai 5bln,enjin OK..tkdak gegaq baq angg..top speed 120km..sama meter dgn lc v2..meter brt,,stu ja pnyakit baq angg..mentol mudah trbakaq,,trutama signal dpn..Aku pn dh fening nk wt lgu mna,..sbulan 2_3kali tukaq mentol..abg ensem yg komen kt ATS tuhh..try pkai sprocket 14-38...inshaallah sdap bwk...asal sprockets 42..mang gegaq vaganza laaa...wassalam....tadaaaaa
zufar says
top hidup ke 14-38?
Wak Yus says
14-37 pon ok....boleh tarik panjang sikit....sesuai utk long distance
Idan says
Sy bawak dapat 90kmh..camne nk buat ye
Awang spanner says
Assalam...ahaaaa..dh dpt formula cmna nk kc lju mtr 115s nie..modal dlm rm250..enjin biaq standard pekak...
1)-racing CDi jnama ikk(rm150)versi Kris's 120@ace 115 sma ja
2)-set sprocket 14-37+rntai 415(kcik ckit)
3)-setting angin secukop rasa..
4)tayar dpn blkg(70/90)
Kalu yg cintakan kelajuan..laaa..leh Cuba....slalu brfikiran positif n think safety...wassalam
Firdaus says
Bila pkai cdi ikk ap kelebihannya,boleh pg berapa?
Awang spanner says
Cdi racing xdek cut off..(kelebihan)top speed leh smpai 135km/h..dpt ccuk pungkoq lc v2 standard.. Meter dinamik dlm 155 cmtu..ct ni meter berat dokk
Naza says
Boleh.ke pakai di tu??
din says
cdi tu psg tros bole start ke kne ubah2 wirering skit???
aiman says
pasang terus.
Wak Yus says
Good info....
Mana nak cari cdi racing ni....
Saya baru pakai CT ni 2 bulan, pantang pon lom abis.
Emy says
Asalam bang..kalo da tukaq cdi tu..tang sprocket..boh 14-39 x bleh p ka? Nk set jalan joh ni..tiap mggu tepeng-kl
Rickybet says
Kalau sprocket 15 dan 38 boleh juga ke?
Abg zeck says
14 lgi pickup..15 ratio rendah..pickup kurang..
14x36(415)..Lyn h way sdap...
nazrul hisyam says
salam sy baru 2hari guna ct115 time jalan masuk gear 2 tiba2 motor mati.. start2 xbole.. tpi kalau pakai kick start bole pula hidup.. apa mslh tu ya.. bole tlg kongsi skit.. hihi
Jimmy0077 says
Abg kena perembat bang. Saya kena jugak macam tu. Bengang punya pasal saya rembat.. then okay daa ahaha takde mati2
nikjolo says
FUHHHH.......Spec dia dah masuk angin aku,test drive comment pon dah masuk,tapi tang komen korang ni agak meremang jugak......ni nak gi bayar deposit ni...kang,kang,kang....tak jadi kang.....
Mie@ says
Boleh tk carb tukar ke ejection?
haziq says
Nak tanye moto ni ade air coolend ke?
Azmeer says
Baru nk ambil dah nmpk comend2 mcm ni.. Goyang pulalkkkk.. Jdi tk jdi je skrg ni nk ambil
. Aira says
Daripada korang beli ct115 tu. Lbh baik korang Pinang Cik CT Jande tu. Lgi sedap.
Lie says
Saya dah pakai 6 Bulan ok X dak masalah...good job modenas...2018