• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Grab Malaysia Kuat Kuasakan Caj Pembatalan 25 Mac Ini, 100 Peratus Milik Pemandu

Grab Malaysia Kuat Kuasakan Caj Pembatalan 25 Mac Ini, 100 Peratus Milik Pemandu

March 20, 2019 By Han Othman Leave a Comment

310
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BERITA buat pemandu Grab, penyedia perkhidmatan perkongsian kereta e-hailing, Grab Malaysia memutuskan akan mengenakan caj ke atas penumpang yang membatalkan tempahan atau lewat datang mengikut tempoh masa ditetapkan, bermula 25 Mac ini.

Dalam Polisi Pembatalan Penumpang (Passenger Cancellation Policy) itu, Grab menyatakan penumpang yang membatalkan ride selepas 5 minit mendapat pemandu akan dicaj antara RM3 hingga RM5. Jumlah sebenar bergantung kepada jenis kenderaan atau servis yang ditempah

Merujuk jadual di atas, bagi servis seperti GrabCar, GrabTaxi (bermeter atau eksekutif) dan JustGrab untuk ke lapangan terbang, caj pembatalan ialah RM3, manakala bagi GrabCar (6-penumpang), atau JustGrab (10-penumpang), cuma RM4. Servis lain seperti GrabCar (Premium) atau GrabCar (Luxe) untuk tempahan kenderaan mewah seperti Vellfire untuk ke lapangan terbang, caj dikenakan ialah RM5.

Menurut Grab lagi, penumpang juga akan dicaj RM5 jika pemandu membatalkan ride selepas menunggu lebih 5 minit di kawasan pikap. Bagi servis GrabShare pula, penumpang diberikan masa 3 minit untuk tiba di kawasan pikap sebelum pemandu dibenarkan membatalkan ride

BACA >>> #SembangDeras: Al-Kisah Uncle GrabCar yang Pasrah dan Proton Persona Bau Kedai

Bagi setiap tempahan, penumpang mungkin dicaj RM3-RM5 sama ada disebabkan pembatalan lewat, atau RM5 kerana pemandu membatalkan ride disebabkan menunggu lama, lebih 5 minit. Penumpang tidak akan dicaj serentak pada masa sama.

TIADA CAJ JIKA BATAL KURANG 5 MINIT

Penumpang juga tidak akan dicaj jika membatalkan ride dalam masa 5 minit selepas mendapat pemandu.  Pemandu pula perlu menunggu 3-5 minit sebelum dapat membatalkan ride dan mendapat caj pembatalan tersebut.

Menurut Grab lagi, caj pembatalan akan dihapuskan jika pemandu tidak sampai dalam masa 10 minit daripada masa anggaran. Sebagai contoh, penumpang diberikan masa 3 minit tambahan untuk pemandu tiba, sebaliknya dia perlu menunggu hingga 13 minit. Jadi caj pembatalan tidak akan dikenakan.

Jika penumpang mahu membatalkan ride kerana menunggu terlalu lama, Grab menggalakkan menghubungi pemandu sama ada secara panggilan atau menggunakanGrabChat. Grab juga memberi jaminan mempunyai kaedah untuk memantau situasi pemandu yang tidak bergerak mengambil penumpang.

Bagi penumpang yang menggunakan GrabPay, caj pembatalan akan ditolak terus daripada baki kredit GrabPay atau kad debit/kredit. Sebaliknya, caj akan ditambahkan secara automatik untuk ride seterusnya bagi penumpang yang membayar tunai.

BACA >>> Aplikasi Mobil, Maxx 'N GO Tawar Servis Serendah RM99 kepada Pemandu GrabCar

Grab  memberi jaminan caj pembatalan itu 100 peratus akan diperuntukkan untuk pemandu sebagai pampasan masa memandu. Menurut Grab, polisi caj pembatalan itu hanya akan memberi kesan ke atas lebih 1 peratus tempahan, kerana majoriti penumpang tidak membatalkan tempahan.

SUMBER: TheStar

Related

310
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Caj Pembatalan, Cancellation Fee, Grab Malaysia, Passenger Cancellation Policy, Polisi Pembatalan Penumpang

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev