• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Bikin Kereta / #BikinMotor: Kisah Restorasi Honda Win (1984) dengan Visor Hijab Gaya Jepun

#BikinMotor: Kisah Restorasi Honda Win (1984) dengan Visor Hijab Gaya Jepun

March 20, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

143
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA Win kali pertama tiba di pasaran Indonesia sekitar 1980-an dan menjadi motor pertama dipasarkan di republik itu, termasuk negara Asean lain. Kehadiran model itu boleh dikatakan cukup sukses hingga dijadikan pengangkutan rasmi kakitangan Kerajaan, termasuk ketua kampung di sana.

Win kini semakin digemari anak muda Indonesia kerana bentuk tubuh klasik dan jimat bahan api. Seperti dicoretkan portal permotoran Indonesia, Naik Motor, motosikal restorasi Honda Win biru dalam artikel kali ini ialah milik Aria Yuda Aditia, yang juga pemilik RC12 Home Garage di Bandung. Penampilan motosikal klasik ini begitu menarik perhatian menerusi padanan rim Comstar dan pengadang angin ala hijab.

Honda Win (1984)-2
Honda Win (1984)-7
Honda Win (1984)-8

Motosikal keluaran 1984 itu memiliki keistimewaan tersendiri kerana perincian yang didatangkan berbeza berbanding model tahun selepas itu, hingga membuatkan Aria langsung tidak berfikir panjang, terus saja dia beli tanpa melihat barangnya.

BACA >>> #BikinMotor: Honda Astrea 800 Jadi Super Cub Jepun, Kenapa Perlu Bayar Lebih?

“Honda Win biru ini saya dapat daripada pencari barang dan motosikal lama. Sebelum ini, saya ada Win biru, tapi tahun 1989. Apabila dapat tahu Win biru keluaran 1984, saya terus bayar tanpa tengok dulu dan keadaannya masih elok dan ada komponen asal. Cuma bahagian frem dan enjin sudah diubah," katanya.

RESTORASI 7 BULAN

Honda Win (1984)-4
Honda Win (1984)-5
Honda Win (1984)-10

Proses modifikasi Honda Win biru yang diberi nama ‘Sultan’ itu mengambil masa tujuh bulan kerana Aria perlu mendahulukan motosikal pelanggan di bengkelnya hingga ada komponen yang dikumpul digunakan pada motosikal pelanggan.

Proses restorasi mengambil masa kerana perincian Honda Win tahun 1984 ialah berbeza berbanding model tahun lebih awal. Jadi sukar dia mendapatkan alat ganti.

BACA >>> #RetroAuto: Seat Potong Pernah Jadi Trend Ranking Atas Mat Motor 90-an!

Ingin tampil berbeza, Aria memasang rim Comstar, pengadang angin Asahi dan cermin sisi double marking Jepun untuk menyerlahkan kesan retro kustom.  Idea pemasangan rim Comstar itu tercetus ketika bersembang dengan DJ E yang memiliki Honda CB125T.

“Dia tunjukkan CB125T original Jepun miliknya dengan tangki mirip Honda Win. Pencarian di alam maya rupanya ramai guna rim Comstar," katanya.

BACA>>>Kelibat Yamaha Y15ZR Versi Monster Energy (2019) Dilihat di Malaysia?

Sedangkan untuk pengadang angin, Aria mengakui berlaku spontan ketika melayari laman web Jepun dan  melihat Kawasaki dengan postur tangki mirip Honda Win memakai ‘hijab’. Tertarik dengan konsep tersebut, Aria mencubanya pada Honda Win miliknya walaupun awalnya sempat berfikir sama ada sesuai atau tidak. Tetapi positif saja katanya.

GALERI

SUMBER: NaikMotor

Related

143
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Bikin Kereta Tagged With: bikinmotor, Boon Siew Honda (BSH), Honda, Honda Win, Honda Win (1984), roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev