• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Indonesia Bakal Perkenal Motosikal Elektrik Gaya Street Tracker Sentuhan Pakar Builder

Indonesia Bakal Perkenal Motosikal Elektrik Gaya Street Tracker Sentuhan Pakar Builder

March 18, 2019 By Aryon Leave a Comment

109
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PERSATUAN Inovatif dan Kreatif Indonesia (INCREASE)
bakal memperkenalkan motosikal elektrik buatan tempatan sempena Pameran Motor Antarabangsa Indonesia (IIMS) 2019, April ini.

Menariknya, motosikal elektrik itu bukanlah buatan INCREASE atau mana-mana pengeluar ternama, tetapi daripada cetusan idea dan kerja tangan pasukan pembina @ builder dan modifikator yang bergiat aktif dalam industri pemotoran dua roda.

“Nama motor itu ialah Java Electric Motorcycles (JEM). Status masih prototaip, dan akan kami tayangkan di reruai INCREASE,” kata pengasas INCREASE, Djoko Iman Santoso, yang juga bertanggungjawab mengasaskan JEM.

Menurut Djoko, disebabkan motosikal itu mendapat sentuhan pasukan builder, ia bakal tampil dengan rekabentuk cita rasa tinggi dari segi estetikan dan fungsi. Jika rekabentuk motosikal masa kini lebih bertumpu kepada skuter dan sportbike naked, model prototaip JEM ialah sebuah street tracker.

BACA >>> #TahukahAnda: Street Tracker, Dari Trek Kotor ke Jalan Raya

STREET TRACKER ELEKTRIK YANG PRAKTIKAL

“Model itu ialah sebuah street tracker. Kenapa street tracker? Ini kerana ia bercirikan multifungsi. Boleh ditunggang atas jalan biasa dan juga off-road. Motosikal itu sudah siap dan sekarang kita cuma perlu fikirkan tentang bagaimanakah rupa motosikal itu," kata Djoko.

Tiada sebarang maklumat spesifikasi didedahkan, tetapi Djoko mendakwa teknologi digunakan bukan calang-calang dengan kemampuan mengecas penuh cuma 30 minit, manakala jarak tunggangan sejauh 120km.

Selain teknologi bateri, JEM juga dibangunkan berasaskan material terbaik seperti aluminium dengan berat keseluruhan cuma 70kg. Juga ada beberapa ciri sokongan untuk memudahkan tunggangan.

BACA >>> Jangan Terkejut, Malaysia Sudah Ada Prototaip Kereta Terbang!

“Motor elektrik asalnya tidak perlukan tangki. Tetapi ia tetap dipasang dan boleh dibuka untuk menyimpan barang. Dan boleh dijadikan beg sandang yang dapat dibawa ke pusat beli-belah," katanya.

Power juga outing bawa tangki motor hoiii! Bissaaaaa!

SUMBER: NaikMotor

Related

109
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, IIMS 2019, INCREASE, Indonesia, Java Electric Motorcycles (JEM), motosikal elektrik, Pameran Motor Antarabangsa Indonesia (IIMS) 2019, Persatuan Inovatif dan Kreatif Indonesia (INCREASE), roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • Skuter Gaya Retro Moden MODA Moca 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM3,988
    Skuter Gaya Retro Moden MODA Moca 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM3,988
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev