NAZA Prestige membuka lembaran 2016 menerusi pengenalan dua model Sportster versi kustom, Harley-Davidson Iron 883 dan Forty-Eight yang menerima beberapa sentuhan kosmetik.
Hadir dengan rekaan Dark Custom, kedua-dua tubuh badan jentera ini tampak garang dengan menampilkan kemasan warna hitam dan emas.
HARGA:
- Harley-Davidson Iron 883 2016 - RM89,000
- Harley-Davidson Forty-Eight 2016 - RM106,000
4 PILIHAN WARNA:
Kedua-dua jentera ini hadir dalam empat warna menarik. Antaranya;
- Charcoal Satin
- Black Denim
- Olive Gold
- Gold Flake
JAMINAN:
Untuk memberikan ketenangan buat pemilik, kedua-dua jentera ini didatangkan dengan jaminan selama lima tahun bersama servis percuma selama 30 bulan tanpa had perbatuan.
HARLEY-DAVIDSON IRON 883 2016
Nadi utama Iron 883 2016 masih kekal sama seperti versi terdahulu. Ia dijana unit enjin 883cc Evolution V-Twin.
Antara perubahan utama yang diterima pada jentera ini pada warna dan sedikit penambahbahbaikan dari segi kosmetik. Ia hadir bersama ekzos dan bar hendal drag bewarna hitam.
Lebih tampak garang, ia juga didatangkan dengan rim aluminium 9-jejari bersama brek cakeran bewarna hitam. Untuk makluman , rim aluminium ditampilkan adalah lebih ringan berbanding terdahulu.
Untuk keselesaan menunggang, penyerap hentak boleh dilaras mengikut berat pembonceng atau keadaan jalan. Selain itu, ia juga menggunakan fork baharu iaitu jenin katrij.
HARLEY-DAVIDSON FORTY-EIGHT 2016
Hasil janaan unit enjin 1,202cc Evolution V-Twin, aspek prestasi jentera ini ditala untuk penghasilan kuasa yang lebih baik.
Ia juga menampilkan rekaan yang lebih menarik dan mantap. Sama seperti Iron 883, jentera ini turut menggunakan penyerap hentak boleh laras selain fork hadapan lebih besar iaitu 49mm.
Antara ciri menarik pada Forty-Eight adalah penghadang ekzos krom, tempat duduk baharu dan belt guard. Lebih menarik perhatian adalah kemasan atau kilauan pada bahagian tangki minyak. Tambah-tambah jika terkena pancaran cahaya matahari, boleh cair hati melihatnya.
Leave a Reply