• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Bos Suzuki Ecstar Jelas Sebab Kenapa Protes Peranti Swingarm Dibuat Terhadap Ducati

Bos Suzuki Ecstar Jelas Sebab Kenapa Protes Peranti Swingarm Dibuat Terhadap Ducati

March 15, 2019 By Admin PanduLaju 1 Comment

264
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BUKAN satu, tetapi empat pasukan mengemukakan protes, iaitu Aprilia, Suzuki, Honda dan KTM yang mendakwa Ducati menggunakan peranti aerodinamik baharu yang dipasangkan pada swingarm Desmosedici milik Andrea Dovizioso. Protes tersebut kini dirujuk kepada Mahkamah Rayuan MotoGP.

Suzuki mendakwa peranti seakan winglet (seakan sayap pesawat terbang) itu bukan sekadar untuk mennyejukkan tayar tetapi turut memberikan  efek aerodinamik. Ducati kali pertama menggunakan winglet untuk tayar pada jentera Jack Miller (Alma Pramac) ketika ujian pramusim Qatar. Kemudian giliran Danilo Petrucci (Alma Pramac) pula menggunakannya ketika ujian bebas Qatar. Pada hari perlumbaan akhir, ia turut dipasang pada jentera Dovizioso.

BACA >>> #MotoGP2019: Drama di GP Qatar, Dovizioso Ketepikan Marquez dengan 0.023s

Bos Pasukan Suzuki Ecstar, Davide Brivio berkata, sebelum perlumbaan 11 Mac lalu dia sudah bercakap kepada wakil Ducati tentang protes yang akan dibuat jika pasukan pengilang Itali itu berdegil mahu memasang winglet pada aksi perlumbaan.

Brivio turut merujuk dokumen dikeluarkan FIM kepada semua pasukan pada 2 Mac 2019 (masih belum didedahkan kepada umum) yang menyatakan, semua peralatan pada badan utama dibenarkan selagi tidak memberikan manfaat aerodinamik.

“Tahun lalu, semua pasukan MotoGP membincangkan masalah aerodinamik dan semua sepakat tentang beberapa peraturan, termasuk mengehadkan belanja perincian dan pengembangan dalam bidang aerodinamik.

BACA >>> Protes Peranti Swingarm Ducati Dibawa ke Mahkamah Rayuan MotoGP

“Keputusan itu mewujudkan peraturan baharu, dan setiap pasukan perlu buat homologasi satu set aerobadan sebelum musim perlumbaan bermula. Setiap pasukan cuma dibenarkan melakukan satu pembaharuan untuk semusim. Dinyatakan, sepanjang musim itu juga jentera tidak boleh ada peranti aerodinamik terperinci dengan rujukan khusus kepada daya bawah (downforce),” katanya.

Beberapa minggu lalu, Ducati memberikan lampiran kepada Pengarah Teknikal berhubung tambahan swingarm belakang dan penutup roda depan yang bertujuan menyejukkan tayar belakang. Penjelasan itu diterima Pengarah Teknikal, dan tambahan komponen baharu itu diluluskan sebagai sistem penyejukan tayar serta mengeluarkan peraturan baharu berhubung regulasi teknikal (tarikh: 02/03/2019 dan 05/03/2019).

BACA >>> Ducati Tayang Seragam Jentera MotoGP 2019 Serba Baharu

Bagaimanapun, Suzuki, Aprilia, Honda dan KTM yang mengusulkan protes tetap percaya peranti itu memberikan efek aerodinamik untuk dayabawah dan melanggar prinsip regulasi. Jadi, sebaik saja Dovizioso menang di Qatar, empat pasukan, kecuali Yamaha terus saja mengemukakan protes. Namun, Ducati tetap bertegas mendakwa peranti itu untuk menyejukkan tayar belakang.

Apakah keputusan Mahkamah Rayuan MotoGP kelak?

Related

264
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Andrea Dovizioso, Auto Terkini, Davide Brivio, FIM MotoGP Stewards Panel, Mahkamah Rayuan MotoGP, MotoGP 2019, MotoGP Court of Appeals, Panel Pengelola FIM MotoGP, Protes, Protes Ducati, sukan permotoran, Winning Mission Ducati Team

Comments

  1. Jan says

    January 21, 2020 at 7:59 PM

    Terlalu banyak regulasi juga akan menghalang kepada perkembangan teknologi lumba, sepatutnya motogp harus membenarkan apa sahaja penambahbaikkan pada jentera asalkan tidak membahayakan pelumba.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
    Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev