YAMAHA Y15ZR sudah berada di pasaran Malaysia sejak 2016. Ketika awal pengenalan, model itu berjaya mencuri tumpuan peminat moped hingga mendapat gelaran ‘motor panas’.
Y15ZR, yang juga lebih dikenali sebagai YSuku itu ialah pencetus kepada fenomena kapcai paling berkuasa pada waktu itu, walaupun Suzuki terlebih dulu menjadi perintis menerusi Belang 150R. Kesan fenomena itu, segmen super kapcai dimeriahkan lagi dengan kehadiran model lain seperti Honda RS150R, Benelli RFS 150 dan SYM VF3i.
Kali ini kami bukan mahu membandingkan keempat-empat model itu, tetapi tertarik kepada sekeping foto Y15ZR yang bakal menjadi hadiah bulanan peraduan ‘PETRONAS Sprinta Bonanza 2019’.
BACA >>> Kelibat Yamaha Y15ZR Versi Monster Energy (2019) Dilihat di Malaysia?
Ya, anda boleh menang Y15ZR ini dengan hanya masuk peraduan yang kini sedang berlangsung hingga 30 September 2019.
Bukan itu saja, anda juga boleh menang hadiah utama, iaitu motosikal Yamaha R6 edisi pasukan MotoGP PETRONAS YAMAHA SRT.
Caranya mudah, hanya beli mana-mana produk PETRONAS Sprinta mininum RM25, dan jawab satu soalan mudah berserta maklumat diri ke nombor WhatsApp yang tertera pada resit. Kemudian, simpan resit pembelian sebagai bukti jika terpilih sebagai pemenang.
Kepada mereka yang sudah ada Y15ZR, mungkin rekaan seragama ini boleh dijadikan idea memeriahkan motosikal anda. Persoalannya, gempak tak?
BACA >>> Mana Satu Nak Angkat? Benelli RFS150i, atau Honda RS150R, atau Yamaha Y15ZR?
BACA >>> #TahukahAnda: Inilah 5 Sebab Utama Kenapa Enjin Sama, Tetapi Tak Sama Laju?
BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Maksud dan Fungsi Lejang dalam Enjin 4-Lejang dan 2-Lejang?
Shimayon kusiar says
How about the price?