• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kereta Rosak Tepi Jalan, Tidak Tahu Hubungi Siapa, Muat Turun POMEN Sekarang!

Kereta Rosak Tepi Jalan, Tidak Tahu Hubungi Siapa, Muat Turun POMEN Sekarang!

March 16, 2019 By Admin PanduLaju 4 Comments

639
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


RISIKO kereta rosak tiba-tiba di tengah jalan memang tidak dapat dijangka, apatah lagi jika berlaku di lokasi jauh dari bengkel. Jadi apa yang perlu anda buat untuk mendapatkan bantuan tepi jalan dengan segera?

Jawapannya, hubungi Pomen guna aplikasi mobil!

APAKAH APLIKASI POMEN?

Aplikasi ini dibangunkan pada Januari 2018 dan rasmi di pasaran bermula Oktober tahun lalu. Menariknya, aplikasi 24jam sehari itu boleh memasukkan sekali ahli keluarga lain di bawah profil sama dan setiap ahli berdaftar boleh mengemas kini status masing-masing apabila mengalai situasi kecemasan.

BACA >>> Kappa Riders: Aplikasi Mobil GPS untuk Kongsi Jejak Kembara

BANTUAN KECEMASAN TEPI JALAN UNTUK WANITA

POMEN juga sangat membantu golongan wanita apabila berdepan masalah kereta rosak dengan menyediakan maklumat penjejakan secara masa nyata (real-time), paparan harga tetap tanpa kos tambahan dan keahlian percuma. Aplikasi ini turut menyediakan piawaian keselamatan tersendiri supaya pengguna dapat mengelak pergi ke bengkel tidak berlesen, menyediakan kos servis tersembunyi, atau menawarkan penyenggaraan tidak munasabah yang bukan saja untuk pengguna wanita tetapi juga lelaki.

Selain itu, pengguna yang mencari bantuan untuk menghidupkan semula bateri secara jumpstart, menukar tayar atau melakukan servis berkala boleh mengakses kepada rangkaian bengkel dan platform rakan kerjasama lain yang disediakan.

Bagi memastikan kualiti servis disediakan, POMEN tahun lalu menjalinkan kerjasama dengan Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) untuk mendaftarkan lebih 100 bengkel yang mendapat kelulusan Program Transformasi Bengkel MARii (WTP).

BACA >>> Aplikasi Mobil, Maxx 'N GO Tawar Servis Serendah RM99 kepada Pemandu GrabCar

Aplikasi POMEN boleh dimuat turun menerusi Google Playstore atau Apple Appstore dan kini boleh diakses pengguna sekitar Lembah Klang, Ipoh, Kedah, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor. Pengguna juga boleh mendapatkan bantuan jalanan semudah di hujung jari.

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan boleh klik pautan ini: www.pomenapp.com.

Related

639
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Aplikasi, aplikasi pomen, Auto Terkini, pusat servis, servis kereta

Comments

  1. Lan says

    July 11, 2020 at 4:32 AM

    Untuk servis 24 jam area Kuala Lipis, Merapoh, Gua Musang. Boleh call
    017-9123929,019-9123929
    013-3833050,017-6133050

    Reply
  2. Mohd tauffek says

    August 16, 2022 at 11:55 PM

    Sape2 pomen area kuantan boleh datang tolong tak sebab kereta sy tak hidup...puas start still tak hidup

    Reply
  3. Aniza Nasiha says

    January 25, 2023 at 7:44 PM

    Area raub ada tak pomen available? Tolong, kereta bergegar. Sy dr kb nk ke kl.

    Reply
    • Azhan O says

      February 3, 2023 at 7:53 PM

      Jangan tanya sini. Pakai apps

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my