• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Konvoi Malaysia-China Proton X70 Tiba di Sempadan China, Apakah Terjadi Seterusnya?

Konvoi Malaysia-China Proton X70 Tiba di Sempadan China, Apakah Terjadi Seterusnya?

March 18, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

184
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENGEMBARAAN melalui jalan darat memberi peluang kepada kita untuk mengenali penduduk dan kawasan setempat dengan lebih dekat. Malah, mengajar kita erti sabar dan semangat kesetiakawanan selain menguji ketahanan kenderaan dipandu yang digunakan sepanjang perjalanan.

Sebelum ini, kami ada melaporkan tentang Konvoi Malaysia-China yang dilakukan sembilan pemilik Proton X70 yang nekad meredah perjalanan sejauh 13,000km. Perjalanan 33 hari itu akan merentasi empat negara, iaitu Malaysia, Thailand, Laos dan China. Malah, kami sempat menyertai mereka hingga ke Hat Yai sejauh 540km.

BACA>>>Konvoi Malaysia-China: 9 Pemilik Proton X70 Nekad Redah Perjalanan 13,000km

Kemudian, konvoi meneruskan perjalanan hari kedua mereka menuju ke Hua Hin, Thailand sejauh 740km dan menjadi perjalanan paling jauh sepanjang tempoh 33 hari yang akan dilalui. Kami sempat mengucapkan selamat tinggal kepada mereka di Hat Yai dan semoga dipermudahkan segalan urusan perjalanan.

KONVOI MALAYSIA-CHINA PROTON X70-2
KONVOI MALAYSIA-CHINA PROTON X70-4
KONVOI MALAYSIA-CHINA PROTON X70-3

Sepanjang menuju ke Hua Hin, tiada masalah dihadapi peserta. Perjalanan jauh tidak begitu memenatkan kerana keselesaan kabin dan kualiti pengendalian ditawarkan X70. Memandu dalam purata kelajuan 90-120kmj cuma kedengaran sedikit desiran angin dan bunyi kenderaan luar yang masuk ke dalam kabin.

Apabila meredah jalan raya Thailand yang tidak rata, suspensi meredam baik hingga kurang terasa kepenatan memandu jauh. Ini dibantu dengan sistem pengudaraan ion yang memberikan lebih kesegaran dalam kabin dan cukup penting kepada mereka yang berkelana jauh.

MENUJU WILAYAH TAK, SEMPADAN TERPANJANG THAI-MYNMAR

Pada hari ke-3, perjalanan diteruskan sejauh 619km dan enjin 1.8L TGDI tidak menunjukkan sebarang ragam, semuanya berjalan lancar. Bagaimanapun, perjalanan menuju wilayah Tak, sebagai sempadan terpanjang yang dikongsi antara Myanmar dan Thailand, didapati benar-benar menguji kemampuan kenderaan utiliti sukan (SUV) Proton ini.

Ciri brek pegun @ Auto-Hold banyak membantu pemanduan sepanjang melalui pekan kecil dan bandar yang ada banyak lampu isyarat. Pemandu boleh merehatkan kaki, apatah lagi perlu meredah perjalanan lebih 1500km. Pada hari ke-4, konvoi berhenti sekejap di lokasi terkenal 'Magic Hill' @ Bukit Magik ketika menuju ke Chiang Khong, utara Thailand.

BACA>>>#PanduUji: Proton X70 yang Bukan Bishe Bishe

X70 DIDEKATI

KONVOI PROTON X70 MALAYSIA-CHINA_3
KONVOI PROTON X70 MALAYSIA-CHINA_5
KONVOI PROTON X70 MALAYSIA-CHINA_4

Di sana, ramai penduduk tempatan terpesona dan mengambil peluang mendekati X70. Selepas beramah mesra dan berkongsi pendapat mengenai SUV itu, perjalanan diteruskan menuju ke Sungai Mekong dan memasuki Laos. Selesai merentasi tiga negara, perjalanan har ke-5 diteruskan dari Chiang Kong ke Mengla (430km) dalam wilayah Yunnan, selatan China (430km) sebagai permulaan memasuki Negara Tembok Besar itu.

Pengalaman perjalanan darat memberikan memori bermakna kepada peserta dengan kondisi jalan raya berbeza dan pertambahan trafik serta pemandangan sekeliling. Segalanya cukup bermakna selain dapat memandu uji sendiri ketahanan X70 dan tidak hanya sekadar percaya cakap-cakap tentera siber di ruang maya.

BACA>>>#Videotomotif: Inilah Pandangan Kami Mengenai Proton X70

Selepas tiba di sempadan China, apakah pula yang menanti konvoi untuk 28 hari seterusnya? Nantikan pengembaraan mereka. Tentunya kehadiran X70 bakal menarik perhatian penduduk di China memandangkan penampilan berbeza berbanding model Boyue versi Geely.

Related

184
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Kembara Malaysia-China, konvoi, Konvoi Proton X70 Malaysia-China, Proton, Proton X70, SUV, Trip Proton X70 ke China

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev