• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Scuderia Ferrari Dedah Seragam F1 Tanpa Mission Winnow, untuk GP Australia Sahaja

Scuderia Ferrari Dedah Seragam F1 Tanpa Mission Winnow, untuk GP Australia Sahaja

March 14, 2019 By Han Othman Leave a Comment

65
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


FERRARI mendedahkan seragam baharu untuk jentera Formula Satu (F1), SF90 2019 sempena meraikan ulang tahun ke-90 Scuderia Ferrari sebagai pasukan lumba F1 yang ditubuhkan sejak 1929 di Maranello, Itali.

Namun, perubahan itu tidak lancar seperti dirancang apabila pasukan itu terpaksa mengetepikan jenama 'Mission Winnow' (syarikat inisiatif cetusan Philip Morris International) bagi memberi ruang kepada pihak berkuasa Australia menyiasat jika penaja utama itu mematuhi syarat undang-undang pengiklanan tembakau di negara tersebut.

BACA >>> Produk Krom Keemasan Rai Ulang Tahun Honda Australia yang ke-50

TANPA PENAJA 'MISSION WINNOW'

Menurut kenyataan rasmi pasukan itu, sepanjang hujung minggu GP Australia nanti, seragam SF90, sut lumba pemandu dan beberapa alatan trek pasukan akan membawa logo sambutan 90 tahun Scuderia Ferrari.

"Melbourne hanya permulaan sambutan ulang tahun istimewa ini, dan ia akan berlangsung sepanjang musim F1 dan turut ditampilkan dalam aktiviti perlumbaan Ferrari yang lain."

Pada Mei nanti, Muzium Ferrari di Maranello akan melancarkan pameran khas sempena ulang tahun Scuderia Ferrari yang akan membawa pengunjung menghayati sejarah syarikat tersebut. Sementara itu, penaja utama pasukan musim ini, Philip Morris mendakwa insiatif Mission Winnow sememangnya sudah mematuhi undang-undang pengiklanan tembakau.

"Inisiatif itu, termasuk simbol dan logo digunakan pada seragam Scuderia Ferrari Mission Winnow, serta laman web ialah mematuhi undang-undang yang ditetapkan untuk aktiviti kami di Australia dan negeri Victoria," kata Pengarah Komunikasi Global Philip Morris, Tommaso di Giovanni.

BACA >>> Enjin V12 Ferrari FF Akan Dilelong, Dipercayai Jadi Prototaip Ujian Kilang

Bagaimanapun, pihak lain mendakwa bentuk logo Mission Winnow hampir mirip dengan lencana Marlboro yang berbentuk chevron (segi tiga) merah-putih.

scuderia-ferrari-f1-gp-australia-1
scuderia-ferrari-f1-gp-australia-2
scuderia-ferrari-f1-gp-australia-3
scuderia-ferrari-f1-gp-australia-4

SUMBER: Formula1.Ferrari

Related

65
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Australia, Auto Terkini, Ferrari, Mission Winnow, Philip Morris, Philip Morris International, PMI, Scuderia Ferrari, SF90 2019

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev