• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Maserati Levante Vulcano Limited Edition Cuma 10 Unit di Malaysia, RM838k Sahaja!

Maserati Levante Vulcano Limited Edition Cuma 10 Unit di Malaysia, RM838k Sahaja!

March 13, 2019 By Abang GYL Leave a Comment

65
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


NAZA Italia memperkenalkan Maserati Levante Vulcano Limited Edition sempena ulang tahun ke-10 jenama mewah dari Itali itu di Malaysia. Model kenderaan utiliti sukan (SUV) ini dijual terhad 150 unit sahaja untuk pasaran Eropah dan Asia, dan 10 unit daripadanya dikhaskan untuk Malaysia.

Maknanya, Levante Vulcano Limite Edition cuma ada 10 unit di Malaysia!

HARGA

  • Maserati Levante Vulcano - RM838,800 (termasuk cukai dan duti)

Maserati Levante Vulcano

WARANTI 3 TAHUN

Levante Vulcano didatangkan dengan waranti tiga tahun tanpa had perbatuan, atau 100,000km (mana satu tiba dulu), termasuk program servis percuma.

BACA >>> Ferrari F40 (1989) Versi 'Restore' Ini Siap dengan Sijil Ketulenan, Harga Bakal Cecah RM5 Juta!

ENJIN TWIN-TURBO V6

enjin Maserati Levante Vulcano
Hadir dengan enjin 3.0L Twin-Turbo V6, Levante Vulcano mampu meledakkan kuasa setinggi 430hp dan tork 580Nm. Pecutan 0-100kmj mampu dibuat sepantas 5.2 saat dengan kelajuan maksimum 264kmj.

LUARAN SPORTY, DALAMAN MEWAH

Maserati Levante Vulcano Malaysia_PanduLaju.jpg45
Maserati Levante Vulcano Malaysia_PanduLaju.jpg48
Maserati Levante Vulcano Malaysia_PanduLaju.jpg46

Luaran Levante Vulcano hadir dengan perincian pek Nerissimo, terdiri daripada lampu belakang gelap, logo dan gril depan krom gelap, hendal pintu berwarna, paip ekzos digilap dan banyak lagi. Bahagian roda diserikan rim aloi Helios 21-inci dengan brek Brembo Dual Cast 6.

Menjengah ruang kabin, setiap sudut kemasan Levante Vulcano jelas menyerlahkan imej kemewahan menerusi kerusi kulit Pieno Fiore berwarna merah dengan ciri boleh laras elektrik.

Daya tarikan eksklusif Levante Vulcano juga dipertingkatkan dengan trim dalaman gentian karbon berkilat, termasuk pada pedal syif. Bahagian tengah konsol gear tertera plat besi bertulis 'One of 150' yang membawa maksud model ini satu daripada 150 unit yang dibawa masuk ke Malaysia.

BACA >>> Toyota GR Supra GT4 Concept dengan Imej Aerodinamik untuk Prestasi Trek Lumba!

CIRI KESELAMATAN ADAS

Levante Vulcano dilengkapi teknologi Sistem Bantuan Pemanduan Termaju / Advanced Driving Assistance Systems (ADAS), terdiri daripada:

  • Kawalan Kenderaan Bersepadu (IVC)
  • Amaran Perlanggaran Depan (FCW)
  • Pengecaman Tanda Trafik (TSR)
  • Kamera Pandang Keliling (SVC)
  • Sistem Bantu Lebuh Raya (HAS)
  • Bantuan Kekal Lorong (LKA)
  • Bantuaan Titik Buta Aktif (ABSA)

Jangan tidak tahu, ADAS pun ada pada Proton X70. Mungkin ADAS versi Levante Vulcano ini lebih canggih kot!

BACA >>> #PanduUji: Proton X70 yang Bukan Bishe Bishe

GALERI
Maserati Levante Vulcano
Maserati Levante Vulcano
enjin Maserati Levante Vulcano
Maserati Levante Vulcano

Related

65
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: enjin Maserati Levante Vulcano, harga Maserati Levante Vulcano, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Maserati, Maserati Levante Vulcano, Maserati Levante Vulcano (2019), Maserati Levante Vulcano Limited Edition, Maserati Levante Vulcano Malaysia, Roda4, SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev