• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: Perlukah Panaskan Enjin Kereta Setiap Kali Sebelum Bergerak?

#TahukahAnda: Perlukah Panaskan Enjin Kereta Setiap Kali Sebelum Bergerak?

March 13, 2019 By Admin PanduLaju 3 Comments

3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MASIH ada lagikah yang tabiat panaskan enjin kereta sebelum bergerak?

Umumnya, ada yang ambil masa beberapa minit untuk memanaskan enjin kereta mereka sebelum bergerak. Ada juga yang tunggu sampai tolok suhu enjin bergerak ke tengah antara 'C' dan 'H'. Ada berpendapat, amalan memanaskan enjin seketika itu baik untuk menyesuaikan suhu enjin sebelum memandu, terutama mereka yang tinggal di kawasan iklim sejuk.

Betul ke tidak ni?

BACA >>> Mitos atau Fakta? Isi Minyak ketika Enjin Dihidupkan Tidak Bahaya?

PENTINGKAH PANASKAN ENJIN?

42791991 - driver turning on the ignition on the dashboard of a car
panaskan enjin-3

Sebenarnya, rutin memanaskan kereta tidak perlu dilakukan setiap hari, terutama kereta moden masa kini yang sudah semakin maju dan boleh menyesuaikan diri dengan suhu sekeliling walaupun di kawasan sejuk. Kebanyakan enjin kereta hari ini didatangkan dengan teknologi suntikan bahan api @ fuel injection bersama unit kawalan elektronik (ECU) yang berfungsi menyesuaikan suhu enjin kenderaan walaupun di tempat bersuhu di bawah 0ºC.

Jawapan ringkasnya, anda tidak perlu pun menunggu enjin panas sebelum bergerak.

APA TERJADI DENGAN ENJIN KETIKA SUHU SEJUK?

Kereta yang tidak dihidupkan dalam jangka masa lama boleh menyebabkan minyak enjin berkurangan. Sebaliknya, kereta yang dipandu setiap hari tidak perlu dipanaskan kerana ia berisiko membuatkan petrol meresap masuk ke dalam minyak enjin hingga menjejaskan tahap kelikatan (viscosity) bahan pelincir itu. Ini secara tidak langsung meningkatkan risiko haus ke atas komponen dalam enjin.

BACA >>> Perlu Tak Saya Panaskan Enjin Kereta Setiap Pagi?

Jadi, apa boleh disimpulkan, amalan memanaskan kereta sebelum bergerak bukan perkara yang perlu dilakukan dan tidak mendatangkan risiko kerosakan enjin. Harap bertenang semua.

SUMBER: Suzuki.co.id

Related

3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: apanakbuat, autotainment, enjin, panaskan enjin, panaskan enjin kereta, tahukah anda, tidak perlu panaskan enjin setiap pagi

Comments

  1. Ikhwan bin Sharif says

    March 14, 2019 at 9:31 AM

    "kerana ia berisiko membuatkan petrol meresap masuk ke dalam minyak enjin hingga menjejaskan tahap kelikatan (viscosity) bahan pelincir itu"

    Macamana boleh meresap? teknologi enjin sekarang xbagus ke?

    Reply
  2. AO says

    March 14, 2019 at 8:28 PM

    Bukan sebab teknologi tak bagus, tapi sifat petrol tu jenis vapor, meruap. Sama macam angin dalam tayar, akan kurang dan kempis walaupun tak pancit.

    Reply
  3. Azl Jamil says

    June 1, 2019 at 8:15 AM

    Klau kereta lama mcm Proton Wira tetap kena panaskan enjin setiap hari jgk ke?

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev