TIDAK pernah dalam sejarah, kami buat video sepanjang ini, hampir setengah jam. Ya, ini kali pertama abang dan Albakry bercakap dalam video sepanjang 25:55 minit. Semua kerana Perodua Aruz (2019)!
Memandangkan banyak sangat yang kami nak bercerita pasal Aruz (2019), termasuk persepsi orang ramai yang mendakwa SUV ini tidak mampu nak panjat Genting Highlands, video ini ialah buktinya.
Sebelum menonton, mari abang ceritakan serba sedikit tentang SUV terbaharu Perodua ini. Hadir dalam dua varian: 1.5 X dan 1.5 Advance, Aruz (2019) dijual pada harga bermula RM72,900 hingga RM77,900.
BACA >>> Perodua Aruz - SUV 7-Kerusi Kini di Malaysia, Harga Bermula RM72,900!
1 LITER MINYAK BOLEH GERAK 15.6KM!
Aspek mekanikal, Aruz (2019) dipadankan enjin 4-silinder 1.5L dengan blok aluminium Dual VVT-i bersama kotak gear automatik kawalan elektronik (E-AT). Hasilnya, trenkuasa yang dibina di Sendayan, Negeri Sembilan ini mampu menghasilkan kuasa 103hp dan tork 136Nm.
Menariknya, Aruz (2019) turut mendapat pengiktirafan Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) menerusi Sistem Lahu Eko (Eco Idle) yang membolehkan SUV ini mencatatkan penggunaan bahan api pada kadar 15.6km per liter.
Sekarang, jom kita dengar celoteh abang dan Albakry.
BACA >>> Lepas Pandu Uji, Inilah Pandangan Abang Mengenai Toyota Vios (2019)
Muhd Azizul Hakim Alid says
Terbaik Perodua buat kereta suv macam perodua aruz baru boleh menyusuri arus kemodenan lepasni buat 4X4 pulak...hehehe
#wapalewheels says
Memang kereta famili harga mampu milik. terima kasih Perodua.
Soleh says
Guna mode ape Naik genting..eko atau sport