• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Mercedes-Benz E-Class Kini di Malaysia dengan 2 Varian Baharu, Harga Bermula RM329k

Mercedes-Benz E-Class Kini di Malaysia dengan 2 Varian Baharu, Harga Bermula RM329k

March 6, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

330
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MERCEDES-Benz Malaysia (MBM) memperkenalkan sedan eksekutif E-Class ke pasaran tempatan menerusi dua varian baharu: E 200 SPORTSTYLE dan E 300 Exclusive Line, serta Mercedes-Benz E 350 AMG Line.

Dihasilkan secara pemasangan tempatan (CKD), E-Class berada dalam kelas tersendiri menerusi penampilan moden yang serba mewah dan eksklusif. Mengekalkan tradisi saiz badan panjang, E-Class mengekalkan rekabentuk beremosi menerusi kabin mewah dan kualiti kemasan premium.

BACA >>> 10 Fakta Pantas - Mercedes-Benz A-Class Serba Baharu di Malaysia, Harga Mula RM228k

Semua varian dijana enjin 4-silinder 2.0L pengecas turbo dengan hamburan kuasa berbeza. E-Class ialah produk teras Mercedes-Benz dan kini melalui pelbagai peringkat kemas kini signifikan dalam menawarkan inovasi kelas tinggi, gaya premium dan nilai terbaik.

1. MERCEDES-BENZ E 200 SPORTSTYLE AVANTGARDE - RM329,888

  • Didatangkan dengan tambahan kemasan krom pada rim aloi 5-jejari 18-inci. Elemen krom turut diterapkan pada bampar depan, but dan ekzos kembar.
  • Kabin mengetengahkan lapik bumbung dengan fabrik hitam, manakala konsol tengah menampilkan kemasan aluminium karbon selain pedal sport keluli tahan karat dengan getah hitam, dan karpet Sportstyle.
  • Bonet depan tersimpan enjin 4-silinder 2.0L pengecas turbo  berkuasa 197hp dan tork 320Nm dengan pecutan 0-100kmj sepantas 7.5 saat, manakala kelajuan maksimum 240kmj.

BACA >>> Rolls-Royce Sweptail - Model Tempahan Khas, Cuma Satu Seumpamanya di Planet Bumi


2. MERCEDES-BENZ E 300 EXCLUSIVE LINE - RM379,888

  • Status elegan E 300 Exclusive Line diperkuat dengan gril radiator klasik Mercedes-Benz dan lencana bintang tiga ikonik atas bonet yang membezakan model ini dengan E 200 Sportstyle Avantgarde dan E 350 AMG Line.
  • Dilengkapkan pakej Jejak Lorong (Lane Tracking), termasuk Bantuan Titik Buta (BSM) dan Bantuan Kekal Lorong (LKA).
  • Dipadankan enjin 4-silinder 2.0L pengecas turbo berkuasa 258hp dan tork 370Nm dengan pecutan 0-100kmj sepantas 6.2 saat, manakala kelajuan maksimum 250kmj.
Mercedes-Benz E 300 Exclusive (2)
Mercedes-Benz E 300 Exclusive (1)
Archivnummer: SSPIP85957

3. MERCEDES-BENZ E 350 AMG LINE - RM399,888

  • Kehadiran E 350 AMG Line meluaskan opsyen varian prestasi mewah di bawah jenama pengeluar automotif dari Jerman itu. Bentuk badan menampilkan gaya AMG dengan ciri sporty dan sofistikated.
  • Ciri baharu model ini ialah tawaran pakej bantuan pemanduan menerusi ciri teknologi keselamatan mencegah perlanggaran. Juga didatangkan dengan suspensi Kawalan Badan Dinamik (DBC) bersama damper boleh laras untuk pengendalian lebih selesa dan lincah mengikut mod pemanduan.
  • Dijana enjin 2.0L turbo berkembar berkuasa 299hp dan tork 400Nm dengan tambahan 150Nm daripada generator penghidup pacuan tali sawat (BSG). Ini membolehkan sedan sporty itu memecut 0-100kmj sepantas 5.9 saat dengan transmisi 9G-Tronic.

BACA >>> Umur 16 Tahun Sudah Beli Lori Mercedes-Benz Unimog, Kini Lebih Tiga Dekad Tetap Setia

Related

330
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Mercedes-benz, Mercedes-Benz E 200 SPORTSTYLE, Mercedes-Benz E 300 Exclusive Line, Mercedes-Benz E 350 AMG Line., Mercedes-Benz E-Class, Roda4, Sedan, sedan mewah

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev