• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / #ApaNakBuat: Bagaimanakah Memilih Helmet yang Sesuai dengan Saiz Kepala?

#ApaNakBuat: Bagaimanakah Memilih Helmet yang Sesuai dengan Saiz Kepala?

March 4, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

2.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KESESUAIAN helmet ialah hasil daripada pembangunan, ujian kemalangan, pemodelan komputer dan ujian keselamatan  yang mengambil masa bertahun-tahun lama. Jadi, proses memilih helmet yang betul ialah sangat penting kerana bentuk kepala kita masing-masing tidak sama.

Sila ikuti beberapa tip di bawah ini tentang bagaimana memilih helmet yang sesuai dengan saiz kepala bagi mendapatkan perlindungan maksimum seperti diharapkan.

1. UKUR SAIZ KEPALA

Contoh jadual saiz helmet. Saiz mungkin berbeza mengikut jenama. - MomoDesign

Lilit pita pengukur keliling kepala sekitar satu inci atas kening. Selepas mengukur beberapa kali barulah rujuk carta saiz helmet yang disediakan. Pilihlah saiz helmet paling hampir dengan saiz kepala. Setiap bentuk kepala manusia tidak sama, ada yang bujur, lonjong atau bulat. Jadi penting untuk memeriksa carta ukuran kepala. Jika saiz kepala berada antara dua saiz pilihlah saiz kecil.

2. CUBA SARUNG

Dalam usaha mendapatkan perlindungan terbaik dan mengurangkan bising angin, bukaan helmet kini direka semakin mengecil. Itu bukan bermakna helmet itu kecil. Anda cuma perlu menarik strap dagu dengan memberikan sedikit tekanan supaya kepala dapat masuk ke dalam helmet. Bagi mengelak bahagian tertentu tertanggal atau terkoyak, elakkan menarik pelapik strap dagu. Cuma tarik bahagian tali sahaja.

3. MASUKKAN BAHAGIAN BESAR KEPALA ANDA DAHULU

Memasukkan helmet dari belakang kepala lebih mudah berbanding memasukkan dari bahagian dahi (depan kepala). Anda mungkin menyangka helmet itu kecil, sedangkan itulah helmet yang tepat dengan saiz kepala jika ia dimasukkan dari bahagian kepala yang besar.

Bagi memastikan saiz tepat untuk helmet yang dibeli, cuba pertimbangkan beberapa soalah ini:

  • Adakah lapik dalam helmet muat elok sekeliling kepala?
  • Adakah pad atas helmet menekan rapat atas kepala?
  • Adakah pad dagu menyentuh pipi?
  • Adakah lapik dahi muat elok dengan dahi anda?

Ingat, pastikan jari tidak boleh dimasukkan antara lapik dan dahi. Cara menguji, tarik helmet dengan keras untuk memadatkan busa atas dan belakang dengan kepala anda. Ini penting kerana busa akan termampat mengikut maa pemakaian, seperti jeans yang mengecut selepas dibasuh dan dipakai berulang kali.

4. LAKUKAN PEMERIKSAAN INI

Cuba uji helmet baharu anda dengan beberapa cara di bawah ini:

  • Tarik helmet sisi-sisi dan atas-bawah untuk memastikan ia tidak menggelincir dan bergerak dari kepala.
  • Selepas mengetatkan strap dagu, cuba tarik keluar helmet dengan pusing ke depan dari belakang.
  • Letak tangan bawah gad dagu dan cuba tolak keluar helmet dengan pusing ke belakang (terbalikkan daripada cara di atas).
  • Jika sudah melengkapkan tip ini tanpa helmet tercabut, itulah helmet yang sesuai dengan anda.

5. AMBIL MASA

Jangan takut memilih dan menyarung helmet di kedai. Ia memang mengambil masa untuk anda rasa betul-betul selesa.  Tidak kisah kalau sedikit cerewet kerana ada pepatah menyebut, alah membeli menang memakai.

Untuk lebih jelas, sila tonton video tutorial di bawah ini:

SUMBER: MCN

Related

2.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori, Autotainment Tagged With: aksesori, apanakbuat, autotainment, helmet, roda2, tip pilih helmet, topi keledar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my