• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / KTM 250 Duke Kini Muncul Standard dengan ABS, Lebih Mahal RM800

KTM 250 Duke Kini Muncul Standard dengan ABS, Lebih Mahal RM800

March 1, 2019 By Aryon Leave a Comment

708
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


YA, KTM 250 Duke ABS kini didatangkan standard dengan ciri Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), tetapi ini bukan berita di Malaysia, sebaliknya India dengan harga Rs1.94 lakh (RM11,100), iaitu tambahan kira-kira Rs14,000 (RM800) daripada versi bukan ABS.

Ciri keselamatan ABS dwi-saluran 250 Duke sama seperti dipasangkan pada 390 Duke generasi terdahulu, iaitu jenis suis yang boleh aktif-nyahaktif. Ini bermakna penunggang boleh mematikan fungsi ABS jika tidak mahu menggunakannya, tetapi tiada mod 'Supermoto' sperti 390 Duke baharu.

Ciri 'Supermoto' membolehkan penunggang mematikan fungsi ABS pada tayar belakang bagi membolehkan penunggang melakukan aksi menggelungsur sisi seperti mendrif.

BACA >>> Bajaj Siar Poster Acah Avenger Street 180 dengan ABS, Calon Modenas Jaguh?

250 Duke diposisikan antara 200 Duke dan 390 Duke. Rekabentuk model ini  mengambil ilham gaya 390 dan dikuasakan enjin silinder tunggal 4-lejang 248.8cc penyejukan cecair berkuasa 38hp dan tork 24Nm. Disebabkan datang daripada induk sama, transmisi digunakan juga sama seperti 390 Duke, iaitu klac manual 6-kelajuan.

Dari segi teknologi, 250 Duke ABS kini sudah setanding Honda CBR250R ABS, termasuk dari segi harga (pasaran India). Namun, masih lagi sedikit mahal berbanding Yamaha FZ25 yang berharga Rs1.33 lakh (RM7,637). Dalam perkembangan lain, model bukan ABS masih dijual hingga akhir Mac ini.

BACA >>> #TunggangUji: Analisis Lengkap KTM 250 Duke (2017) - Rupa Agresif, Mantap di Selekoh

TIADA LAGI MOTOSIKAL BUKAN ABS DI INDIA

Mengikut regulasi India, semua motosikal di negara itu wajib dipasangkan ABS, berkuat kuasa 1 April nanti. Jadi beberapa bulan lalu menyaksikan banyak pengeluar mula melancarkan model versi ABS sebagai persediaan memasuki pasaran bulan depan.

Semestinya itu tindakan yang bagus dibuat Kerajaan India memandangkan negara itu memiliki ramai penunggang motosikal. Kami juga berharap Malaysia melakukan regulasi sama, sekurang-kurangnya mewajibkan ciri ABS untuk motosikal bersesaran 150cc ke atas.

GALERI

SUMBER: ZigWheels

Related

708
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: India, KTM, KTM 2250 Duke ABS, KTM India, motosikal, naked bike, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev