• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Tempah Proton Iriz (2019) Facelift Hanya RM9.99, Siap Ada Arahan Suara 'Hi Proton'

Tempah Proton Iriz (2019) Facelift Hanya RM9.99, Siap Ada Arahan Suara 'Hi Proton'

February 28, 2019 By Abang GYL Leave a Comment

1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BERMULA 1-11 Mac ini, anda boleh menempah Proton Iriz (2019) facelift secara atas talian. Lebih menarik, yuran tempahan dikenakan hanya RM9.99 dan boleh dibuat menerusi laman rasmi Proton.

Malah, mereka yang membuat tempahan menerusi atas talian juga akan diberikan cukai jalan percuma selama dua tahun sebagai tanda penghargaan. Bagaimanapun, tempahan hanya boleh dibuat bermula 10 pagi (1 Mac) dan berakhir pada 11.59 malam (11 Mac). Bagaimanapun, harga jualan masih belum didedahkan.

Proton Iriz (2019) facelift masih lagi hadir dalam5lima varian:

  • Standard 1.3L MT
  • Standard 1.3L CVT
  • Executive 1.3L CVT
  • Executive 1.6L CVT
  • Premium 1.6L CVT

Proton Iriz (2019) Facelift
Berbanding versi terdahulu, Iriz (2019) facelift menerima beberapa perubahan ketara dari segi rupa luaran dan dalaman. Antaranya, bentuk kemasan krom pada gril depan berilhamkan busur awang-awang 'Ethereal Bow' yang seakan kening sedang menjeling. Rekaan gril juga diterapkan elemen 'Infinity Weave' sebagai signatur baharu Proton.

Bampar depan dan belakang lebih sporty berbanding versi sedia ada. Lampu depan pula diambil daripada model Persona dan turut dipadankan dengan lampu siang (DRL) LED. Selain itu, Iriz (2019) facelift juga bakal menampilkan warna baharu, biru muda.

Rekabentuk belakang juga tidak lagi kelihatan lencana Proton, sebaliknya digantikan perkataan 'P R O T O N', seperti tertera pada X70. Perkataan Iriz juga diberikan kemasan dengan kehadiran huruf ‘R’ merah. Juga kelihatan antena sirip yu dan rim aloi rekaan baharu.

BACA >>> Shukri: Proton Iriz Tak Kurang Apa-Apa, Sama Hebat dengan Model Lain

ENJIN & KOTAK GEAR SAMA, TAPI ADA TALAAN DIBERIKAN

Aspek mekanikal, tiada sebarang perubahan enjin mahupun transmisi dilakukan. Ianya masih kekal sama, tetapi beberapa talaan dilakukan untuk menjadikan ia lebih responsif dan jimat minyak. Begitu juga dengan kadar NVH yang diberikan peningkatan.

Proton Iriz (2019) Facelift
Proton Iriz (2019) Facelift

ARAHAN SUARA 'HI PROTON'

Lebih menarik, unit infotaiment Iriz (2019) facelift diberikan nafas baharu dengan skrin berwarna bersaiz 7-inci, dibangunkan Proton dan ECARX, yang menawarkan ciri konektiviti, termasuk fungsi arahan suara (voice command) ‘Hi Proton’, sama seperti X70. Ini ialah hatchback segmen-B pertama Proton yang dilengkapi ciri sedemikian.

BACA >>> Foto Proton Persona (2019) Facelift Didedahkan, Siap Ada Arahan Suara 'Hi Proton'!

Proton Iriz (2019) Facelift
Proton Iriz (2019) Facelift
Proton Iriz (2019) Facelift
Proton Iriz (2019) Facelift
Proton Iriz (2019) Facelift

BERAPA HARGA?

Buat masa ini, Proton tidak mendedahkan sebarang tanda harga utnuk semua model Iriz (2019) facelift. Namun berdasarkan info kami terima, harga jualan lebih murah berbanding versi sedia ada. Jika benar seperti diperkatakan, sudah pasti ia akan jadi nilai tambah buat rakyat Malaysia untuk memiliki kenderaan pada harga lebih mampu milik.

BACA >>> #PanduUji: Proton X70 yang Bukan Bishe Bishe

GALERI
Enjin Proton Iriz (2019) Facelift
Proton Iriz (2019) Facelift
Proton Iriz (2019) Facelift
Proton Iriz (2019) Facelift
Proton Iriz (2019) Facelift
Proton Iriz (2019) Facelift
Proton Iriz (2019) Facelift
Proton Iriz (2019) Facelift
Proton Iriz (2019) Facelift
Proton Iriz (2019) Facelift
Proton Iriz (2019) Facelift
Proton Iriz (2019) Facelift
Proton Iriz (2019) Facelift
Proton Iriz (2019) Facelift
Proton Iriz (2019) Facelift
Proton Iriz (2019) Facelift
Proton Iriz (2019) Facelift
Proton Iriz (2019) Facelift
Proton Iriz (2019) Facelift
Proton Iriz (2019) Facelift
Proton Iriz (2019) Facelift
Proton Iriz (2019) Facelift
Proton Iriz (2019) Facelift
Proton Iriz (2019) Facelift
Proton Iriz (2019) Facelift
Proton Iriz (2019) Facelift
Proton Iriz (2019) Facelift

Related

1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: enjin Proton Iriz (2019) Facelift, enjin proton iriz 2019, harga Proton Iriz (2019) Facelift, harga proton iriz 2019, pandu uji Proton Iriz 2019, Proton Iriz (2019) facelift, Proton Iriz 2019, proton iriz baru, tempahan Proton Iriz 2019, warna proton iriz 2019

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my