BERITA ini pasti menggembirakan pemilik kenderaan di Malaysia. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng hari ini mengumumkan pengurangan harga siling untuk harga petrol RON95 daripada RM2.20 seliter kepada RM2.08, iaitu sebanyak 12 sen.
Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat kabinet yang bakal menyaksikan harga RON95 kekal pada paras RM2.08 sen walaupun harga minyak pasaran dunia naik melebihi harga tersebut. Setakat minggu ini, harga runcit petrol RON95 ialah RM2.08 seliter, manakala RON97 berharga RM2.38 seliter dan diesel pada RM2.18 seliter.
Harga siling diesel kekal sama pada RM2.18 seliter, dan tiada sebarang penetapan harga siling untuk RON97 yang akan mengikut harga minyak dunia sepenuhnya.
BACA >>> #SembangDeras: Subsidi Minyak 30 Sen Lebih Kurang Sama dengan Nilai BRIM Setahun?
Menurut Guan Eng, mekanisme itu dibuat bertujuan melindungi kepentingan golongan B40, iaitu kumpulan isi rumah Malaysia dengan pendapatan di bawah kira-kira RM4,000. Menurutnya lagi, harga minyak buat masa ini akan terus dikaji setiap minggu (diumumkan setiap Jumaat) hingga sistem subsidi bersasar dilaksanakan pada pertengahan tahun ini.
Leave a Reply