• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / Helmet HJC RPHA 11 Venom 2 dengan Grafik Antihero Versi Lebih Jahat

Helmet HJC RPHA 11 Venom 2 dengan Grafik Antihero Versi Lebih Jahat

February 27, 2019 By Aryon Leave a Comment

370
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PADA 2016, HJC ada melancarkan helmet RPHA 11 Spider-Man dan RPHA-11 Venom yang memberikan pengguna dua pilihan, mahu jadi hero atau antihero?

Walaupun Spider-Man ialah antara karakter komik paling popular sepanjang zaman, tetapi helmet RPHA 11 Venom pula menjadi antara grafik helmet paling popular dalam dunia motosikal. Banyak pengedar HJC mendakwa sudah tidak lagi menyimpan stok untuk helmet muka makhluk hitam bergigi tajam itu.

BACA >>> HJC Perkenal Helmet CL-17 Hulk dan Punisher II, Harga AS$199.99 (RM788.26)

KERJASAMA STARLINE

starline-designer
hjc-helmets-logo

Terbaharu, HJC bekerjasama dengan Starline, iaitu pereka asal helmet Venom dari Itali yang juga bertanggungjawab menghasilkan rekaan grafik banyak pelumba MotoGP, untuk menghasilkan helmet Venom dalam versi yang lebih 'gelap' dan jahat.

Hasilnya ialah helmet RPHA 11 Venom 2. Dengan gigi tajam dan mulut terbuka luas, grafik baharu kali ini jelas menyerlahkan imej kemarahan yang meluap-luap. Helmet ini bakal berada di pasaran pada musim bunga tahun ini di Amerika Syarikat.

Rekaan baharu Venom ini akan dimasukkan dalam senarai barisan helmet sport premium HJC, RPHA 11 (Pro) yang direka untuk perlumbaan trek dengan struktur cengkerang ergonomik. Material dihasilkan menggunakan teknologi Premium Integrated Matrix (P.I.M. Plus) yang mampu memberikan rintangan kejutan dipertingkat dan juga ringan.

Perisai asap dan lensa antikabus turut disertakan untuk helmet RPHA 11 Venom 2 ini.

  • RPHA 11 Pro: Lulus DOT & ECE | XS-XXL
  • RPHA 11: Lulus ECE | 2XS-2XL
  • Waranti: 5 tahun
  • Harga: AS$599.99 (RM2,440)

Related

370
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori, Roda2 Tagged With: aksesori, Antihero, helmet, hjc, HJC RPHA 11 (Pro), HJC RPHA 11 Venom 2, HJC RPHA 11 Venom II, Marvel, topi keledar, Venom

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev