• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Konvoi Malaysia-China: 9 Pemilik Proton X70 Nekad Redah Perjalanan 13,000km

Konvoi Malaysia-China: 9 Pemilik Proton X70 Nekad Redah Perjalanan 13,000km

February 27, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

105
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEJAK dilancarkan, 5,500 unit Proton X70 sudah diserahkan kepada pemiliknya. Walaupun timbul pelbagai bunyi sinis  yang memang tidak letih mengkritik Proton, itu bukan penghalang untuk pengeluar nasional itu terus bergerak ke depan bagi membuktikan kualiti produk dihasilkan.

Terbaharu, sembilan pemilik X70 mengambil inisiatif berkonvoi ke empat negara berbeza, melibatkan 13 bandar sejauh 13,000km sebagai salah satu pendekatan untuk membuka mata netizen tentang keupayaan kenderaan utiliti sukan (SUV) pertama Proton itu.

BACA>>>#PanduUji: Proton X70 yang Bukan Bishe Bishe

Menarik lagi, perjalanan itu ditanggung peserta sendiri dan Proton hanya memberi sokongan pasukan teknikal. Diketuai Pasukan Borneo Automobile Leisure Touring dan Kunming Scenery-Customer International Travel Co China, perjalanan Malaysia-China itu disertai 33 peserta dan mengambil masa kira-kira 33 hari menuju ke Hangzhou, timur China.

MELAWAT GEELY

Sebaik tiba di Hangzhou peserta berpeluang melawat ke Pusat Pengalaman Geely untuk mengetahui lebih lanjut tentang sejarah perjalanan Geely yang berubah menjadi antara pengeluar automotif paling berkembang maju di dunia selain turut melihat model-model baharu jenama itu.

BACA >>> Hi Proton! Bagaimanakah Cara Guna Fungsi Arahan Suara X70?

Perjalanan tersebut dilihat Proton sebagai peluang mendedahkan X70 kepada pembeli luar negara, terutama di negara Asean yang menjadi kunci utama kepada penerokaan pasaran baharu masa depan. Ia juga membuktikan SUV itu mampu dipandu dalam pelbagai persekitaran dan kondisi jalan raya berbeza sepanjang perjalanan dari Malaysia ke China.

Hari ini konvoi akan memulakan perjalanan ke Laos, dan Myanmar dari Hat Yai, Thailand.

Related

105
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Kembara Malaysia-China, konvoi, Konvoi Proton X70 Malaysia-China, Proton, Proton X70, SUV, Trip Proton X70 ke China

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my