PERTUBUHAN survei pengguna bebas, Consumer Reports (CR) yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) menyenaraikan 10 kereta paling reliabel sepanjang 2019 yang dibuat berdasarkan data tinjauan tahunan daripada 470,000 pemilik kenderaan di 17 kawasan berbeza seluruh AS yang berdaftar dengan CR.
Tinjauan CR dibuat sekali setahun dalam bentuk soal-jawab yang meminta pengguna berdaftar menyatakan sebarang permasalah kereta masing-masing yang berlaku sepanjang 12 bulan lalu. Pengguna juga diminta mengenal pasti jenis masalah dari segi kos, kegagalan mekanikal, keselamatan dan kekerapan kerosakan.
BACA >>> Tinjauan: Inilah 10 Jenama Kenderaan Paling Reliabel di Amerika Sepanjang 2017
Ini termasuk jenis masalah yang dilindungi waranti, tetapi tidak termasuk kerosakan akibat kemalangan atau notis panggil balik. Semua permasalah yang ditanya disusun dalam bentuk 17 senarai komponen dan fungsi membabitkan enjin dan transmisi hingga sistem penyaman udara, brek, sistem elektrik dan aksesori kuasa. Tidak dilupakan pengalaman peribadi yang mungkin membantu pihak CR memahami permasalahan sebenar dengan lebih tepat.
Keputusannya ialah seperti berikut:
10. MAZDA CX-5
Walaupun ruang agak sempit, tetapi kenderaan utiliti sukan (SUV) ini memberikan pengalaman pemanduan yang lancar dengan kemampuan pengendalian responsif. CX-5 turut dilengkapi ciri keselamatan terbaik yang membantu model ini menjadi antara jenama paling reliabel dalam segmen SUV saiz pertengahan.
9. LEXUS NX
Mungkin ruang ditawarkan tidak seselesa saudara SUV lain berjenama sama, tetapi NX menawarkan kelancaran transmisi terbaik, terutama versi enjin hibrid, NX300h. Model ini boleh dikatakan layak mendapat status SUV dengan bahan api paling efisien di pasaran.
8. HONDA FIT
Di pasaran tertentu seperti Eropah, termasuk Malaysia, model ini dikenali sebagai Jazz. Model ini sentiasa mendahului pesaing lain dari segi fungsi yang menepati rekabentuk. Paling disukai ialah 'Magic Seat' yang sangat fleksibel untuk kegunaan harian, termasuk penjimatan bahan api terbaik
7. KIA SEDONA
Model ini ialah kenderaan pelbagai guna (MPV) dengan ruang dalaman paling luasa dalam segmen yang mampu menampung kapasiti maksimum 11 penumpang. Tempat duduk belakang boleh dilipat atau ditanggalkan untuk menambah ruang simpanan. Sedona dikuasakan enjin 3.3L V6 dengan transmisi automatik 8-kelajuan berkuasa 276hp.
6. MAZDA6
Wakil kedua Mazda ini memberikan pengalaman pemanduan lancar, rekabentuk dinamik dan muda. Dalam versi baharu, rintangan angin ditambah baik dengan menambah penebat bunyi dan kaca pintu lebih tipis.
5. TOYOTA PRIUS
Dianggap sebagai hibrid paling efisien di pasaran masa kini, Prius menawarkan tahap penjimataan 4.7 liter/100km untuk pemanduan bandar/lebuh raya. Pengendalian dan kesenyapan turut ditambah baik berbanding generasi terdahulu.
4. SUBARU CROSSTREK
Juga dipanggil XV di pasaran tertentu. Walaupun sesetengah pembeli di Malaysia mungkin takut-takut mahu memiliki model ini, tetapi faktanya Crosstrek ialah jenama yang reliabel dan banyak menyumbang kepada kejayaan Subaru di banyak negara. Crosstrek ini ialah pilihan sempurna kepada mereka yang mencari SUV yang kompak, jimat minyak dan mudah dikendali dalam bandar.
3. TOYOTA PRIUS PRIME
Ini ialah model Prius versi hibrid plug-in yang mampu bergerak sejauh 37km hanya dengan menggunakan motor elektrik tunggal. Sedan ini hanya mengambil masa 2 jam untuk mengecas penuh bateri litium-ion 240V. Bagaimanapun, kekurangan model ini ialah sistem hiburan intuitif dan kabin sempit yang cuma muat 4 penumpang, termasuk pemandu. Mungkin untuk pengguna negara Barat.
2. LINCOLN CONTINENTAL
Sedan perdana Lincoln ini disukai pembeli Amerika kerana faktor elegan dan moden. Ruang dalaman pula luas dan menggunakan material premium, serta disepadukan dengan banyak teknologi yang memenuhi keperluan pengguna.
1. TOYOTA PRIUS C
Semua jenama Toyota yang memasuki senarai paling reliabel 2019 ialah famili Prius. Sebabnya mudah, penjimatan bahan api dan Prius C menawarkan purata penggunaan minyak 6.3 liter /100km. Jimatkan? Namun, kereta urban ini kurang menarik dari segi rekaan dalaman yang nampak murah dan ruang storan yang sempit.
SUMBER: ConsumerReports
Leave a Reply