• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda Kongsi Pelan 2016, Civic Serba Baharu dan Accord Facelift Bakal Gegar

Honda Kongsi Pelan 2016, Civic Serba Baharu dan Accord Facelift Bakal Gegar

March 11, 2016 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter

2016-honda-civic

HONDA Malaysia Sdn. Bhd. (Honda Malaysia) semalam berkongsi prestasi jualan sepanjang 2015, selain mengumumkan perancangan dan strategi 2016.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Yoichiro Ueno menganggap 2015 sebagai tahun yang mencabar buat industri automotif Malaysia berikutan kelembapan ekonomi disebabkan penyusutan nilai Ringgit, pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan kejatuhan harga minyak.

"TIV (Total Industry Volume) di Malaysia mencatatkan 666,674 unit, hampir tidak berganjak berbanding tahun sebelumnya. Namun, di sebalik keadaan pasaran sukar dan kompetitif, Honda masih mampu memperoleh pencapaian yang baik. 2015 ialah tahun penting buat Honda Malaysia," katanya.

Yoichiro Ueno, MD & CEO of Honda Malaysia
CEO Honda Malaysia, Yoichiro Ueno

PRESTASI HONDA 2015

1. Honda buat kali pertama jadi pengeluar nombor satu dalam Segmen Kenderaan Bukan Nasional dengan rekod jualan 94,902 unit.

2. Honda mencatatkan pertumbuhan tahun-ke-tahun sebanyak 22 peratus dan menguasai 14.2 peratus perkongsian pasaran.

3. Pada Disember 2015, jualan Honda mencecah rekod bulanan tertinggi, 10,741 unit, sekali gus merekodkan angka jualan lima angka buat kali pertama.

4. Dua model kenderaan utiliti sukan (SUV), Honda CR-V dan HR-V yang dilancarkan 2015 menjadi peneraju segmen SUV tempatan.

5. Permintaan pasaran City dan Jazz juga kukuh dengan menyumbang kira-kira 58 peratus jualan keseluruhan dan menerajui segmen masing-masing.

6. Honda menembusi pasaran Malaysia Timur dengan pertumbuhan jualan tertinggi, 36 peratus berbanding tahun terdahulu.

7. Pada November 2015, Honda berjaya membuka Pejabat Serantau di Kota Kinabalu untuk menyokong dan meningkatkan operasi di Malaysia Timur.

Honda-media-gathering-2016PERANCANGAN HONDA 2016

1. Honda menetapkan sasaran jualan 90,000 unit walaupun TIV dijangka menyusut antara 4 hingga 5 peratus, atau 630,000 hingga 640,000 unit berikutan kemelut ekonomi, kejatuhan harga minyak dan penyusutan nilai Ringgit.

2.. Dua model pemasangan tempatan (CKD), Civic 2016 serba baharu dan Accord facelift akan diperkenalkan.

3. Menyasarkan tambahan jumlah pengedaran dan Pusat Badan dan Cat (B&P) sebanyak 95 pengedar  daripada 87 dan 20 B&P daripada 14.

4. Pengedar Satelit 2S akan diperkenalkan untuk pelanggan pinggir bandar.

5. Merancang melabur dan melebarkan sayap untuk menembusi pasaran Malaysia Timur.

6. Membuka sebuah pusat latihan teknikal untuk menambah baik kemahiran juruteknik servis.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Accord facelift, Civic 2016, Honda, Honda Malaysia, kereta bukan nasional

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev