• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Indonesia Bakal Masuk Kalendar MotoGP 2021, Litar Baharu Akan Dibina di Lombok

Indonesia Bakal Masuk Kalendar MotoGP 2021, Litar Baharu Akan Dibina di Lombok

February 25, 2019 By Aryon Leave a Comment

508
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


INDONESIA bakal berada dalam kalendar MotoGP buat kali pertama selepas dua dekad apabila Pengarah Urusan Perbadanan Pembangunan Pelancongan Indonesia mengumumkan sudah menandatangani perjanjian sebagai penganjur baharu kejuaraan perlumbaan motosikal nombor satu dunia itu.

Penganjuran di litar baharu dijangka bermula 2021, dan khabarnya akan dibuat atas trek jalanan di kawasan pembangunan baharu di Mandalika dekat Lombok. Trek itu terdiri daripada beberapa siri laluan jalan raya biasa yang dibuka untuk kegunaan pengguna awam setiap hari jika bukan hari perlumbaan.

BACA >>> Litar Thailand Diundi MotoGP Terbaik 2018

Trek jalanan tersebut akan dibina mengikut standard spesifikasi litar lumba, siap dengan ciri keselamatan seperti perangkap kelikir dan ruang larian mencukupi. Bagaimanapun, masih banyak perlukan dilakukan sebelum menyaksikan Kejuaraan MotoGP dianjurkan semula di Indonesia. Ini kerana bukan hanya tapak pembinaan, tetapi lukisan pelan masih belum disiapkan lagi setakat ini.

NEGARA 'GILA MOTOR'

Podium GP500 di Litar Sentul Indonesia pada 1997.
Kekanda Rossi ialah juara GP125 Indonesia pada 1997 (rambut kaler tu!).

Indonesia ialah antara negara yang 'gila motor' dengan memiliki ramai peminat dan pemilik motosikal, sekali gus menjadikan ia sebagai pasaran sangat penting bagi banyak pengeluar dunia, terutama berjenama Jepun. Ini dibuktikan dengan sambutan hangat diterima dalam acara permotoran di sana. Malah, Yamaha turut memilih Indonesia sebagai destinasi untuk memperkenalkan pasukan MotoGP.

Kali terakhir Indonesia mengajurkan perlumbaan motosikal ialah pada 1996-97 di Litar Sentul, luar Jakarta dengan Mick Doohan dan Tadayuki Okada menjadi juara kelas premier 500cc setiap tahun tersebut. Malah pada 1997, kekanda Valentino Rossi (baru 18 tahun) ialah juara 125cc di litar itu, yang juga tahun kedua dia debut dalam perlumbaan profesional. Selepas itu segalanya ialah sejarah.

BACA >>> Litar GP Baharu di Vietnam Gabungkan Trek F1 Terbaik Dunia, Termasuk Sepang

Jika siap kelak, Indonesia akan menjadi negara ketiga selepas Malaysia dan Thailand yang sudah ada dalam kalendar MotoGP. Mungkin juga yang keempat selepas Vietnam yang kini sedang dalam pembinaan litar Grand Prix baharu. Namun, buat masa ini litar di Hanoi itu dibina untuk penganjuran perlumbaan Formula Satu (F1).

SUMBER: MCN

Related

508
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Gila Motor, GP Indonesia 1997, Grand Prix Indonesia, Indonesia, Litar Lumba Indonesia, Mick Doohan, MotoGP, Valentino Rossi, VR46

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev