• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Ford Focus 2016 Baharu : Tampil Enjin Kompak Berkuasa Tinggi Pada Harga Serendah RM118,888

Ford Focus 2016 Baharu : Tampil Enjin Kompak Berkuasa Tinggi Pada Harga Serendah RM118,888

March 10, 2016 By Abang GYL 3 Comments

852
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

ford-focus-2016-pandulajudotcomdotmy

FORD FOCUS 2016 baharu kini kembali memeriahkan segmen kompak tahun ini dengan menampilkan enjin baharu yang lebih kecil, tetapi berprestasi tinggi. Ditawarkan dalam tiga varian berbeza,  iaitu Focus Trend (5 pintu), Titanium+ (4 pintu) dan Sport+ (5 pintu).

Berikut ialah harga atas jalan untuk pasaran Malaysia, tidak termasuk insurans:

  • Ford Focus 1.5L EcoBoost Trend (RM118,888)
  • Ford Focus 1.5L EcoBoost Titanium+ (RM139,888)
  • Ford Focus 1.5L EcoBoost Sport+ (RM139,888)

Lebih menarik, Sime Darby Auto Connexion (SDAC) menawarkan rebat tunai sebanyak RM3,000 kepada pemilik Ford sedia ada bagi setiap pembelian Focus 2016. Tawaran menarik buat pemilik tegar Ford yang sedang berkira-kira mahu membeli kereta baharu.

Ford Focus Baharu 2016
Ford Focus Baharu 2016

6 WARNA MENARIK JADI PILIHAN

  • Putih (Frozen White)
  • Hitam (Panther Black)
  • Perak (Ingot Silver)
  • Merah (Candy Red)
  • Kelabu (Magnetic Grey)
  • Biru (Winning Blue)

Ford Focus Baharu 2016

ENJIN BAHARU LEBIH KOMPAK, LEBIH 'POWER'

Focus 2016 dipadukan enjin baharu, 1.5L EcoBoost  yang lebih kecil berbanding generasi terdahulu. Namun, walaupun cuma dijana 'jantung' bersesaran 1.5L, kuasa dan tork dihasilkan jauh lebih tinggi berbanding enjin 2.0L. Bersama gabungan transmisi automatik 6-kelajuan SelectShift, Focus 2016 menghasilkan kuasa setinggi 178hp pada 6,000rpm, dan tork maksimum 240Nm pada 1,600 - 5,000rpm.

Ford Focus Baharu 2016
Ford Focus Baharu 2016
Ford Focus Baharu 2016

LUARAN SPORTY, MENGANCAM

Dari pandangan hadapan, Focus 2016 tampak lebih garang dan menarik dengan kehadiran bonet berserta gril berbentuk trapezoid, termasuk penampilan lampu siang dan lampu kabus. Apabila beralih ke bahagian belakang, tidak banyak perubahan berbanding dengan versi terdahulu, cuma diperkemaskan dengan lampu belakang lebih nipis dengan rekaan kontemporari.

DALAMAN MINIMALIS, LEBIH SENYAP

Rekaan dalaman masih minimalis dengan visual ruang lebih luas. Tahap kualiti kabin versi baharu kali ini dipertingkat menerusi penggunaan cermin utama berpenebat bunyi dan kaca tingkap yang tebal. Rekaan papan pemuka pula ringkas dan padat dengan pelbagai ciri teknologi Ford termaju.

Ford Focus Baharu 2016

Lebih memudahkan pemandu, Focus 2016 turut dipadankan dengan sistem SYNC 2, iaitu skrin sesentuh berwarna bersaiz 8-inci yang mampu mengawal telefon dan hiburan hanya dengan menggunakan sistem arahan suara.

CIRI TEKNOLOGI TERKINI

Antara ciri teknologi yang ditampilkan Focus 2016 baharu ialah sistem parkir bebas tangan pintar (enhanced active park assist) yang memudahkan pemandu memarkir kenderaan sama ada secara selari atau menegak. Focus 2016 juga menawarkan ciri Active City Stop, di mana kenderaan akan membrek automatik jika ada sebarang halangan di hadapan dan akan berfungsi apabila memandu di bawah  kelajuan 50kmj.

Menarik? Kunjungi bilik pameran Ford terdekat dan jangan lupa untuk memandu uji model tersebut dan hayati prestasi sebenar Focus 2016 baharu! Maklumat lanjut, ikuti laman Facebook Ford Malaysia.

SPESIFIKASI

FORD FOCUS 2016
ENJIN 1.5L EcoBoost
TRANSMISI Automatik 6-kelajuan SelectShift
KUASA 178hp@6,000rpm
TORK 240Nm@1,600 - 5,000rpm
KAPASITI TANGKI 55L
HARGA Trend (RM118,888) | Titanium+ & Sport+ (RM139,888)

Ford Focus Baharu 2016
Ford Focus Baharu 2016
Ford Focus Baharu 2016
Ford Focus Baharu 2016
Ford Focus Baharu 2016
Ford Focus Baharu 2016
Ford Focus Baharu 2016
Ford Focus Baharu 2016
Ford Focus Baharu 2016
Ford Focus Baharu 2016
Ford Focus Baharu 2016
Ford Focus Baharu 2016
Ford Focus Baharu 2016
Ford Focus Baharu 2016
Ford Focus Baharu 2016
Ford Focus Baharu 2016
Ford Focus Baharu 2016
Ford Focus Baharu 2016
Ford Focus Baharu 2016
Ford Focus Baharu 2016
Ford Focus Baharu 2016
Ford Focus Baharu 2016
Ford Focus Baharu 2016
Ford Focus Baharu 2016
Ford Focus Baharu 2016

Related

852
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: EcoBoost, Ford, Ford Focus 2016, Kompak, SDAC, Sime Darby Auto Connexion, Sport, Titanium, Trend

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev