• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #Spyshot: Vespa Elettrica Dikesan Ditunggang Uji di Vietnam

#Spyshot: Vespa Elettrica Dikesan Ditunggang Uji di Vietnam

February 21, 2019 By Aryon Leave a Comment

FacebookTwitter


VESPA Elettrica dikesan sedang ditunggang uji di ibu kota Hanoi pada 19 Februari lalu, sekali gus memberi isyarat kemunculan skuter elektrik itu di pasaran Vietnam.

Vespa Elettrica ialah antara motosikal elektrik paling ditunggu pada 2019. Apabila VinFast Klara melakukan debut pada penghujung 2018, banyak yang diperkatakan pemerhati automotif mengenai model motosikal elektrik daripada Honda, Yamaha dan Piaggio. Namun, hanya Piaggio yang mengesahkan bakal kemunculan Elettrica pada tahun ini.

BACA >>> Pengeluaran Vespa Elettrica September Depan, Bakal ke Asia Awal 2019

Skuter elektrik itu dikesan tanpa sebarang samaran dengan trim biru pada pinggir panel fairing. Penunggang pula dilihat menyarung jaket khas yang biasa dipakai penunggang uji Piaggio Vietnam yang sebelum ini dikesan pada model baharu Piaggio/Vespa.

Vespa Elettrica dijana motor 4kW, bersamaan 5.4hp yang mampu bergerak sejauh 100km, dan dilengkapi teknologi pengenalan penunggang tanpa kunci. Kuasa bateri dapat dicas penuh dalam masa 4 jam dengan jangka hayat 50,000km, bersamaan 10 tahun penggunaan.

Apabila dilancarkan, Vespa Elettrica berhaga AS$7,200 (RM29,366), yang tidak jauh berbeza dengan harga pasaran motosikal konvensional. Namun tiada harga spesifik untuk pasaran Vietnam, dan Malaysia masih tiada ura-ura mengenai skuter elektrik.

Tetapi tidak mustahil dijual tahun ini juga. 😉

SUMBER: Zing.Vn

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Kenderaan Elektrik (EV), Piaggio, roda2, skuter, skuter elektrik, Skuter EV, Vespa Elettrica, Vietnam

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my