• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Kereta Tesla Kini Ada Mod Anjing dengan Kawalan Penyaman Udara Aktif Automatik

Kereta Tesla Kini Ada Mod Anjing dengan Kawalan Penyaman Udara Aktif Automatik

February 21, 2019 By Han Othman Leave a Comment

56
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MEMANDANGKAN anjing kerap ditinggalkan dalam kereta ketika musim panas dengan tingkap dibuka supaya udara segar dapar masuk, Tesla mencipta satu penyelesaian baharu untuk kereta jenama itu: Mod Anjing (Dog Mode).

Dengan Mod Anjing, pemandu Tesla Model 3 boleh meninggalkan haiwan peliharaan mereka dalam kereta tanpa perlu risau sama ada ruang kabin jadi terlampau panas atau sejuk.

BACA >>> Nissan X-Trail 4Dogs - SUV Konsep yang Mesra-Anjing

Apabila diaktifkan, Mod Anjing secara automatik akan menetapkan kawalan suhu kabin (climate control) kepada tahap selesa, 70º sambil memaparkan ayat makluman mudah baca pada skrin infotainment tengah yang bertulis;

Jangan bimbang, pemilik saya akan datang tidak lama lagi! Pemanas dihidupkan dan ia 70º."

Ini juga secara tidak langsung menghalang orang berhampiran memecahkan tingkap kereta dalam usaha menyelamatkan anjing pemilik daripada kepanasan atau kesejukan.

Mod Anjing  didatangkan sebagai ciri tambahan kepada sistem Perlindungan Panas Lampau Kabin (COP) yang sedia ada pada semua model Tesla. Ia secara automatik diaktifkan apabila ada penumpang dalam kereta, atau apabila suhu kabin dikesan terlalu panas.

BACA >>> Spesifikasi Tesla Model 3 AWD Performance Didedahkan, 0-100kmj Sepantas 3.5 Saat

Sistem emergency dapat memastikan haiwan peliharaan, atau bayi kekal selamat sekiranya ditinggalkan dalam kereta dalam tempoh singkat, atau seandainya pemandu terlupa tentang penumpang yang dibawa mereka. Mod Anjing ialah kemas kini terbaharu Tesla dan minggu ini sudah sedia dipasangkan untuk semua produk jenama itu.

Introducing Dog Mode: set a cabin temperature to keep your dog comfortable while letting passersby know they don't need to worry pic.twitter.com/xFU6MGZT53

— Tesla (@Tesla) 14 February 2019

pic.twitter.com/UkdNnMU9XU

— Tesla (@Tesla) 14 February 2019

Related

56
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Cabin Overheat Temperature, Dog Mode, Mod Anjing, Perlindungan Panas Lampau Kabin (COP), teknologi, Tesla, Tesla Model 3

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • #EICMA2025: Honda WN7, Motosikal EV Gaya Naked Dengan Jarak Lebih 140KM!
    #EICMA2025: Honda WN7, Motosikal EV Gaya Naked Dengan Jarak Lebih 140KM!
  • #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
    #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet

Pandu Uji

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my