INI berita terbaharu daripada laman Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM) tentang foto dua unit kereta Honda Civic Type R (FK8R) yang tular di media sosial.
Menurut Pengarah Jabatan Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi (StaRT) Bukit Aman, Datuk Sri Tajudin Md Isa dipetik HMetro berkata, model Honda itu sebenarnya dipinjamkan daripada satu syarikat untuk dipandu uji bagi menilai kemampuan teknikal jika ia sesuai dengan penggunaan pasukan PDRM.
“Ia cadangan daripada syarikat terbabit untuk pasukan PDRM memandu uji kenderaan berkenaan.
“Kenderaan terbabit diberikan untuk tujuan penilaian teknikal bagi melihat kesesuaian kegunaan pasukan penguatkuasa,” kata Tajuddin.
Civic Type R dikuasakan enjin 2.0L VTEC Pengecas turbo berkuasa 305hp @ 6,500rpm dan tork 400Nm @ 2,500rpm-4,500rpm. Di Malaysia, hatchback prestasi tinggi itu dijual pada harga RM320,000 (atas jalan tidak termasuk insurans) dengan waranti lima tahun tanpa had perbatuan.
BACA >>> Honda Civic Type-R Serba Baharu Kini Di Malaysia - Harga RM320K Sahaja!
Ini maknanya, peluang PDRM menggunakan model ini ialah 50:50. Bawa bertenang semua!
Leave a Reply