• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Foto Awal SsangYong Korando (2019) Didedahkan Menjelang Debut Geneva

Foto Awal SsangYong Korando (2019) Didedahkan Menjelang Debut Geneva

February 20, 2019 By Azhan O Leave a Comment

FacebookTwitter


SSANGYONG mendedahkan foto pertama dan beberapa maklumat mengenai Korando (2019) serba baharu yang dijadualkan melakukan debut global di Pameran Motor Geneva, bulan depan.

Penampilan Korando generasi keempat itu jelas dipengaruhi rekabentuk G4 Rexton yang dapat dilihat pada rupa depan hampir sama, dan bentuk sisi badan maskular, termasuk lampu utama dan lampu belakang yang juga sama. Kenderaan utiliti sukan (SUV) itu turut juga dilihat mengambil ilham daripada model konsep, e-SIV Concept yang ditayangkan di Geneva, tahun lalu.

BACA >>> SsangYong Rexton Baharu Rentas Laluan Sutera, dari Korea Selatan ke Jerman!

Ruang dalaman, Korando (2019) menggunakan bahasa rekabentuk 'Blaze Cokcpit' yang menumpukan kepada pendigitan. Papan pemuka didominasi skrin sentuh infotainment 10.25 inci, dan turut ada bersama panel instrumen digital 9 inci. Rekaletak baharu itu membolehkan bilangan butang fizikal pada konsol tengah diminimumkan.

Dari segi praktikaliti, SsangYong mendakwa kapasiti but Korando (2019) menawarkan ruang 551 liter, seperti ditunjukkan foto yang memaparkang ruang kargo diisi beg golf. Bagi tambahan keselesaan, ciri but buka automatik turut ditawarkan sebagai opsyen.

Di Korea, Korando  (2019) dijana enjin 1.6L turbodiesel baharu. Walaupun spesifikasi sebenar masih belum didedahkan, tetapi SsangYong dijangka melakukan penambahbaikan ke atas enjin diesel 1.6L berkuasa 114hp dan tork 300Nm yang kini digunakan SUV mini, Tivoli.

BACA >>> SsangYong Tivoli Ultimate Edition, SUV Subkompak Paling Selamat dalam Kelas

Aspek keselamatan Korendo dilengkapi ciri bantuan pemanduan seperti kawalan jelajah adaptif pintar (i-ACC), Brek Kecemasan Automatik (AEB), Bantuan Kekal Lorong (LKAS), dan Amaran Perhatian Pemandu (DAA), termasuk Amaran Jarak Selamat (SDA) yang digunakan SsangYong untuk sistem Amaran Perlanggaran Depan (FCW).

Walaupun jenama SsangYong agak sendu di Malaysia, tetapi tidak rugi mencuba pasaran memandangkan trend SUV sedang meningkat naik di negara kita. Setuju?

GALERI

SUMBER: CarScoops

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Blaze Cokcpit, Geneva, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Pamera Motor Geneva (2019), Roda4, SsangYong, SsangYong Korando, SsangYong Korando (2019), SUV, SUV segmen-B

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
    Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev