• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Bikin Kereta / #BikinMotor: Crossbreed - Motosikal Basikal Adunan BMX+Honda Cub

#BikinMotor: Crossbreed - Motosikal Basikal Adunan BMX+Honda Cub

February 18, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


FENOMENA motosikal kecil bukan saja menular di Asia, tetapi juga mat saleh. Contohnya, Crossbreed yang dihasilkan Tom Dun dari Perancis ini dibikin dengan menggabungkan basikal BMX dan motosikal Honda Cub. Dia yang juga pereka kustom di bengkel 56 Motorcycles ialah pakar modifikasi motosikal Honda, tidak kira bersesaran kecil atau besar.

Seperti namanya Crossbreed, sekali pandang ia nampak seakan sebuah basikal berenjin. Rekabentuk diketengahkan itu cukup ringkas, Tom menggunakan fork Honda Cub lama. Bahagian casis dibuat daripada paip keluli dengan struktur ala BMX.

BACA >>> #BikinMotor: Modal RM6k untuk Tukar Yamaha R15 Jadi BMW HP4 Race

Frem utama menjadi tangki minyak yang hanya mampu menampung 1.2 liter petrol sahaja. Bagi menggerakkan Crossbreed, Tom memilih enjin RZ Racing jenis YX 150cc kategori enjin sleep. Supaya nampak rata, bahagian karburetor daripada Mikuni 28mm dengan nisbah gear lebih tajam dan ekzos kustom.

BMX Crossbreed-6
BMX Crossbreed-3
BMX Crossbreed-1

Perincian terakhir melengkapkan penampilan Crossbreed menerusi pemilihan tayar Michelin yang membaluti rim 17-inci. Komponen seperti hendal, peg kaki dan sisi dipinjamkan daripada BMX, manakala penghidup tendang daripada jentera trail bike.

BACA >>> Cross Cub CC50 Kumamon - Honda Perkenal Kapcai Tema Maskot Beruang Pipi Merah

“Saya selalu mahu bikin BMX berenjin. Saya ingat lagi masa kecil dulu, MBK dan Peugeot ada lancar beberapa produk, tetapi sayang tak terlalu berjaya. Dua tahun lalu, saya akhirnya ada masa untuk bikin,” kata Tom.

GALERI

SUMBER: NaikMotor

Related

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Bikin Kereta Tagged With: basikal BMX, bikinmotor, BMX, Crossbreed, Honda, honda cub, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: 4 Jenis Coolant yang Perlu Anda Tahu
    #TahukahAnda: 4 Jenis Coolant yang Perlu Anda Tahu
  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev