PROTON sedang mencari pemilik Proton terlama menerusi peraduan 'The Proton Search'.
Bermula esok (8 Mac) sehingga 8 Jun 2016, Proton mencari pemilik Proton paling setia selain mematuhi beberapa krtiteria ditetapkan bagi merebut hadiah utama berupakan seunit model Saga generasi baharu 2016.
Selain perlu menjadi pemilik paling setia, mereka juga perlu berkongsi kisah atau pengalaman menarik mengenai kenderaan Proton yang dimiliki.
Berikut adalah beberapa kriteria yang perlu dipatuhi bagi peraduan 'The Proton Search'.
- Terbuka buat rakyat Malaysia yang memiliki MyKad dan lesen memandu
- Cukai jalan masih hidup dan diperbaharui setiap tahun bermula dari tahun pertama pemilikan
- Mestilah kenderaan persendirian dan bukannya komersil (teksi)
- Dimiliki oleh pemilik tunggal
- Mampu bergerak dan berada dalam rekabentuk asal tanpa sebarang modifikasi
- Memiliki jarak perbatuan (mileage) yang tinggi
Untuk menyertainya, pemilik kenderaan perlulah menghantar borang peraduan beserta cerita pendek atau video berdurasi 60 saat tentang kenderaan dimiliki. Borang penyertaan boleh didapati di cawangan proton terpilih atau muat turut dari laman web rasmi Proton.
Seramai 11 pemenang akan dipilih sepanjang berlangsungnya peraduan ini. Pemenang utama akan membawa pulang hadiah Proton Saga baharu.
Manakala 10 pemenang lain pula bakal menerima baucar baik pulih bernilai RM5,000 beserta wang tunai sebanyak RM1,000. Lebih menarik, kesemua pemenang akan dibawa melawat ke kilang Proton.
Maklumat lanjut, layari www.proton.com atau laman facebook Proton serta Instagram.
Leave a Reply