UJIAN pramusim MotoGP 2019 masuk hari terakhir semalam di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dengan menyaksikan enam pelumba mencatatkan masa di bawah 1 minit 58 saat. Pelumba paling pantas dirangkul Danilo Petrucci (Ducati Team), disusuli Francesco Bagnaia (Pramac), Jack Miller (Pramac Ducati), Andrea Dovizioso (Ducati Team), Maverick Vinales (Yamaha Monster Energy), dan Cal Crutchlow (LCR Honda).
Pasukan MotoGP dari Malaysia, Petronas Yamaha SRT merebut tempat kelapan terpantas menerusi Franco Morbidelli, manakala rakan pasukan yang juga rookie, Fabio Quartararo di tempat ke-16.
BACA >>> Ujian Pramusim MotoGP 2019: Hari 1 - Marquez Terpantas, Hafizh Terakhir di Sepang
Sementara itu pelumba negara, Hafizh Syahrin (Red Bull KTM Tech3) masih gagal melepasi catatan masa di bawah 2 minit, tetapi kali ini lebih baik berbanding dua sesi ujian terdahulu. Rakan sepasukan, Miguel Oliveira berjaya mencatatkan masa di bawah 2 minit dengan menduduki tempat ke-19, dua tangga di atas Hafizh. Dua pelumba di atas Oliveira pula dihuni pasukan pengilang Red Bull KTM Factory, Johann Zarco (17) dan Pol Espargaro (18).
Kekanda Valentino Rossi (Yamaha Monster Energy) pula memilih untuk menunggang santai dan begitu juga adinda Marc Marquez (Repsol Honda) serta Alex Rins (Suzuki Ecstar) yang masing-masing menamatkan aksi di tempat ke-10, 11 dan 12. Sweet-kan?
Selepas Sepang, ada satu lagi ujian pramusim MotoGP 2019, iaitu di Qatar sebelum musim baharu bermula pada 10 Mac nanti. Siapakah yang akan menyinar? Siapa pula yang akan pudar? Hmm...
BACA >>> Ujian Pramusim MotoGP 2019: Hari 2 - Vinales Tunjuk Taring, KTM Masih Bergelut
HARI 3 - UJIAN PRAMUSIM MOTOGP 2019
- = Danilo Petrucci ITA Ducati Team (Desmosedici) 1m 58.239s [Lap 10/32]
- = Francesco Bagnaia ITA Pramac Ducati (Desmosedici)* 1m 58.302s +0.063s [11/21]
- = Jack Miller AUS Pramac Ducati (Desmosedici) 1m 58.366s +0.127s [12/47]
- = Andrea Dovizioso ITA Ducati Team (Desmosedici) 1m 58.538s +0.299s [11/36]
- = Maverick Viñales ESP Monster Yamaha (YZR-M1) 1m 58.644s +0.405s [8/79]
- = Cal Crutchlow GBR LCR Honda (RC213V) 1m 58.780s +0.541s [17/61]
- = Alex Espargaro ESP Factory Aprilia Gresini (RS-GP) 1m 59.022s +0.783s [11/52]
- = Franco Morbidelli ITA Petronas Yamaha SRT (YZR-M1) 1m 59.141s +0.902s [8/66]
- = Takaaki Nakagami JPN LCR Honda (RC213V) 1m 59.148s +0.909s [21/61]
- = Valentino Rossi ITA Monster Yamaha (YZR-M1) 1m 59.155s +0.916s [9/62]
- = Marc Marquez ESP Repsol Honda (RC213V) 1m 59.170s +0.931s [4/39]
- = Alex Rins ESP Suzuki Ecstar (GSX-RR) 1m 59.180s +0.941s [14/75]
- = Stefan Bradl GER LCR Honda (RC213V) 1m 59.368s +1.129s [13/57]
- = Tito Rabat ESP Reale Avintia (Desmosedici) 1m 59.485s +1.246s [9/41]
- = Joan Mir SPA Suzuki Ecstar (GSX-RR)* 1m 59.486s +1.247s [25/53]
- = Fabio Quartararo FRA Petronas Yamaha SRT (YZR-M1)* 1m 59.497s +1.258s [13/77]
- = Johann Zarco FRA Red Bull KTM Factory (RC16) 1m 59.640s +1.401s [15/44]
- = Pol Espargaro ESP Red Bull KTM Factory (RC16) 1m 59.751s +1.512s [14/57]
- = Miguel Oliveira POR Red Bull KTM Tech3 (RC16)* 1m 59.949s +1.710s [9/38]
- = Karel Abraham CZE Reale Avintia (Desmosedici) 2m 0.378s +2.139s [22/36]
- = Hafizh Syahrin MAL Red Bull KTM Tech3 (RC16) 2m 0.766s +2.527s [9/21]
- = Sylvain Guintoli FRA Suzuki Ecstar (GSX-RR) 2m 0.990s +2.751s [3/56]
- ^2 Bradley Smith GBR Factory Aprilia Gresini (RS-GP) 2m 0.995s +2.756s [54/56]
- ˅1 Mika Kallio FIN Red Bull KTM Factory (RC16) 2m 1.020s +2.781s [4/38]
- ˅1 Yamaha Test 2 N/A Yamaha Test Rider (YZR-M1) 2m 1.243s +3.004s [3/43]
- = Yamaha Test 1 N/A Yamaha Test Rider (YZR-M1) 2m 1.719s +3.480s [5/49]
* Rookie
* 'Test 1 Yamaha' dan 'Test 2 Yamaha' ditunggang Katsuyuki Nakasuga, Kohta Nozane dan Jonas Folger.
^X Pelumba di posisi X lebih atas berbanding jam sebelum.
= Pelumba di posisi sama seperti jam sebelum.
˅X Pelumba di posisi X lebih rendah berbanding jam sebelum
Pelumba Terpantas Hari 2:
Maverick Vinales SPA Yamaha - 1m 58.897s
Pelumba Terpantas Hari 1:
Marc Marquez SPA Honda - 1m 59.621s
Rekod Rasmi MotoGP Sepang:
Lap Terbaik:
Jorge Lorenzo SPA Yamaha 2m 0.606s (2015)
Lap Terpantas:
Dani Pedrosa SPA Honda 1m 59.053s (2015)
Rekod Tidak Rasmi MotoGP Sepang:
Jorge Lorenzo SPA Ducati 1m 58.830s (ujian 2018)
Leave a Reply