UJIAN pramusim MotoGP 2019 masuk hari kedua semalam dan dijadualkan berakhir hari ini. Sesi kedua kali ini didominasi pelumba Yamaha Monster Energy, Maverick Vinales dengan catatan masa 1 minit 58.897 saat, hampir memecahkan rekod tidak rasmi Andrea Dovizioso (1 minit 58.830 saat) dalam ujian pramusim tahun lalu di Sepang
Adinda Marc Marquez pula, yang cemerlang pada ujian hari pertama kelmarin, menamatkan saingan di kedudukan kelapan (1 minit 59.790 saat). Ingat, adinda menamatkan perlumbaan lebih awal supaya tidak nampak semacam beria-ria sangat. Itu pun beliau berhenti ketika selesa di kedudukan kelima, sebelum rekodnya itu diatasi pelumba lain.
Vinales sebenarnya turut konsisten pada aksi hari pertama. Beliau sebelum ini berada di kedudukan ketiga dan begitu juga Alex Rins (Suzuki Ecstar) yang mengekalkan kedudukan kedua terpantas pada hari pertama dan kedua. Tidak dilupakan kekanda Valentino Rossi yang masih mampu membuktikan dia masih kompetitif dan relevan dengan menamatkan perlumbaan dalam kelompok enam pelumba terpantas. Semalam pun sama juga, di tempat keenam. Otai masih berbisa?
BACA >>> Ujian Pramusim MotoGP 2019: Marquez Terpantas, Hafizh Terakhir di Sepang
ZARCO, PELUMBA KTM TERBAIK
Pelumba Red Bull KTM Factory, Johann Zarco melakukan aksi terbaik untuk pasukan pengilang itu apabila mengakhiri perlumbaan di tempat ke-11. Sebaliknya duo pasukan satelit Red Bull KTM Tech3, Hafizh Syahrin (25) dan Miguel Oliveira (20) seakan bergelut melepasi catatan masa di bawah 2 minit. Motor tak cukup power?
Mujurlah kem MotoGP dari Malaysia, Petronas Yamaha SRT yang juga pasukan satelit Yamaha, beraksi agak meyakinkan dengan menamatkan saingan di bawah 15 pelumba terpantas sepanjang hari kedua, semalam. Semua pelumba turun memanaskan trek Sepang kecuali Jorge Lorenzo yang masih belum pulih daripada kecederaan pergelangan tangan.
BACA >>> PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team Dedah Barisan Pelumba & Jentera MotoGP 2019
Pelumba yang tersungkur pula ialah Cal Cructhlow (LCR Honda), Pol Espargaro (Red Bull KTM Factory) dan Jack Miller (Pramac Ducati).
HARI 2 - UJIAN PRAMUSIM MOTOGP 2019
- ^2 Maverick Viñales ESP Monster Yamaha (YZR-M1) 1m 58.897s [Lap 62/63]
- ^6 Alex Rins ESP Suzuki Ecstar (GSX-RR) 1m 59.424s +0.527s [58/61]
- ^6 Jack Miller AUS Pramac Ducati (Desmosedici) 1m 59.517s +0.620s [48/49]
- ˅3 Andrea Dovizioso ITA Ducati Team (Desmosedici) 1m 59.562s +0.665s [19/60]
- ˅3 Cal Crutchlow GBR LCR Honda (RC213V) 1m 59.566s +0.669s [14/53]
- ˅2 Valentino Rossi ITA Monster Yamaha (YZR-M1) 1m 59.625s +0.728s [8/51]
- = Tito Rabat ESP Reale Avintia (Desmosedici) 1m 59.664s +0.767s [74/75]
- ˅3 Marc Marquez ESP Repsol Honda (RC213V) 1m 59.790s +0.893s [5/37]
- ˅3 Danilo Petrucci ITA Ducati Team (Desmosedici) 1m 59.845s +0.948s [11/65]
- ^4 Takaaki Nakagami JPN LCR Honda (RC213V) 1m 59.966s +1.069s [57/60]
- ^1 Johann Zarco FRA Red Bull KTM Factory (RC16) 1m 59.973s +1.076s [56/58]
- ^4 Francesco Bagnaia ITA Pramac Ducati (Desmosedici)* 1m 59.995s +1.098s [51/52]
- ˅3 Aleix Espargaro ESP Factory Aprilia Gresini (RS-GP) 2m 0.101s +1.204s [9/54]
- ˅3 Fabio Quartararo FRA Petronas Yamaha SRT (YZR-M1)* 2m 0.108s +1.211s [11/58]
- = Franco Morbidelli ITA Petronas Yamaha SRT (YZR-M1) 2m 0.151s +1.254s [56/58]
- ˅3 Stefan Bradl GER LCR Honda (RC213V) 2m 0.230s +1.333s [25/59]
- ^2 Pol Espargaro ESP Red Bull KTM Factory (RC16) 2m 0.305s +1.408s [66/67]
- ˅1 Andrea Iannone ITA Factory Aprilia Gresini (RS-GP) 2m 0.510s +1.613s [21/39]
- ˅1 Mika Kallio FIN Red Bull KTM Factory (RC16) 2m 0.523s +1.626s [4/41]
- = Miguel Oliveira POR Red Bull KTM Tech3 (RC16)* 2m 0.672s +1.775s [7/61]
- = Joan Mir SPA Suzuki Ecstar (GSX-RR)* 2m 0.876s +1.979s [17/64]
- = Karel Abraham CZE Reale Avintia (Desmosedici) 2m 1.245s +2.348s [9/56]
- = Yamaha Test 1 N/A Yamaha Test Rider (YZR-M1) 2m 1.406s +2.509s [15/42]
- = Sylvain Guintoli FRA Suzuki Ecstar (GSX-RR) 2m 1.654s +2.757s [3/45]
- = Hafizh Syahrin MAL Red Bull KTM Tech3 (RC16) 2m 1.859s +2.962s [39/53]
- = Yamaha Test 2 N/A Yamaha Test Rider (YZR-M1) 2m 2.989s +4.092s [8/16]
- = Takuya Tsuda JPN Suzuki Test Rider (GSX-RR) 2m 3.276s +4.379s [17/22]
* Rookie
* 'Test 1 Yamaha' dan 'Test 2 Yamaha' ditunggang Katsuyuki Nakasuga, Kohta Nozane dan Jonas Folger.
^X Pelumba berada di posisi X lebih atas berbanding jam sebelum.
= Pelumba berada di posisi sama seperti jam sebelum.
˅X Pelumba berada di posisi X
Leave a Reply