SYM VF3i dilancarkan April tahun lalu dengan memegang status sebagai kapcai paling berkuasa di planet Bumi setakat ini. Model ini dijana enjin 4-lejang 185cc SOHC penyejukan cecair berkuasa 17.7hp @ 8,500rpm dan tork 15.3Nm @ 7,500rpm. Malah harga ditawarkan juga berbaloi dibeli, setara dengan pesaing lain yang berenjin lebih kecil.
Ramai was-was pasal prestasi kapcai ini. Ok ke tak?
Sekarang kami kongsikan pengalaman dan pendapat seorang rider, Azlan Zainol Abidin yang baru saja angkat VF3i yang diikutkan belum pun sebulan dilenjan kalau mengikut status Facebook miliknya. Jadi untuk mengetahui prestasi sebenar super moped ialah dengan mendapat reviu jujur daripada pemiliknya sendiri.
BACA >>> 5 Sebab Kenapa Perlu Pilih SYM VF3i - Kapcai 185cc Pertama di Dunia!
* Gaya bahasa disunting supaya mudah dibaca dengan cuba mengekalkan beberapa slanga asal. Status penuh boleh dibaca pada pautan laman Facebook di akhir artikel.
Ini pendapat peribadi tuan punya motor yang dipetik daripada Facebooknya dan tidak mewakili pendapat kami atau pemilik SYM VF3i lain. Respon diberikan mungkin boleh diambil perhatian pihak pengeluar untuk menambah baik produk mereka. Ataupun dijadikan input tambahan kepada bakal pembeli dan pemilik sedia ada. Apapun ingat, tiada motor yang sempurna.
Kami juga mengalu-alukan perkongsian pandangan bernas, jujur dan ikhlas daripada mana-mana pemilik motosikal semalaysia. Sila e-melkan kepada [email protected]
REVIU - SYM VF3i
Malu apa bosku pakai motor Made In Cherok To' Kun. 😂
Ni nak reviu ikhlas sikit pasal motor ni, hangpa rajin hangpa baca la, tak rajin mampoih pi. 😂
LUARAN
- Braking dia agak hensem walaupun guna caliper & disk entah cokia mana dia kutip.
- Fork main tak berapa cantik serupa kuda kayu.
- Lampu depan cukup terang, memang puas hati nak skodeng orang ***** dalam semak.
- Throttle grip tahap musibat punya tak selesa.
- Side mirror, fuh.. yang ni memang best. Tak gegar dan view luas sampai nampak bulu hidung kutu kat belakang.
- Meter sempoi, ada jam, voltmeter, engine oil reminder, boleh play MP4, DVD, VCD... eh.. itu bohong ja. Tapi bawa malam silau nak mampoih sebab terang sangat. Nak suluh lubang j**** apa tak tau.
- Seat terus terang cakap kematu punggung.
- Posisi menunggang kacau dengan cover set yang kembang sebelah tepi duk berlaga betis. Tak tau la kot betis aku besar serupa balak.
- Monoshock pun sama keras serupa kayu, aku ingat setting mono ni untuk berat 200kg kot.
- Footrest ada rasa geli-geli sikit bila bawa highspeed. Geli sikit ja, tak inzal, jangan risau.
ENJIN
- Dengan sproket talam 15/48 bore 63.5 atas 7,000rpm memang syok. Koyak (pulas) ada, koyak ada tak rasa lemau kecuali RPM bawah.
- Top speed aku dapat 144kmj, 9,500rpm, jurus roket Hamzah.
- Paling selesa bawa 12+kmj relaks syahdu ja, tau tau sampai.
- Minyak 1 tangki 250km++ tak ada masalah aku rasa kalau bawa laju macam tu. Ok la tu, apa lagi mau?
- Yang banyak kurang sampai sekarang aku tak boleh terima, ketar satu motor. Contoh macam nak naik bonggol, drop gear sampai 2, bawah 3,000rpm, terus sengguk terketar-ketar. Ada penyakit Parkinson ke motor ni?
- Temperature enjin memang cepat panas dengan blok gedabak macam ni, lepas tu engineer reka pula cover set terkepung serupa dalam kubur. Dah tu ada pula kutu pi modify tambah cover bawah radiator takut batu kena botol air radiator.
Nasihat aku, kalau dah beli, tolong tukar sproket depan RXZ. Sebabnya gigi sproket asal halus dari longkang rantai 428. Ini ja aku nak habaq, tulis banyak satgi hangpa suruh lukis pulak. 🤣
Nak beli, beli la, aku bukan macai jenama nak puji ja kerja, lain la hangpa pi tanya dalam group semua depa kata semmppoooiiiii ooo... 🤣
BACA >>> #Spyshot: Yamaha Y15ZR V2.0 Jalani Ujian VTA, Kapcai Paling Hangat Akan Tiba!
mohamad saiful says
nak tahu plak, camne ngan komen korg guna petrol ron95 full tank pd jentera stm 185 nih?... cer komen utk pemanduan bandar dan jln jarak jaoh sket. camne komen korg yg guna ron95 dlm bandar. then korg yg salu ride jln jaoh lebih drpd 200km keatas jaraknya... performance dia ok tak?... cer komen byk pros n kons dia dlu. tqvm riders suma...
Suhardi says
very very very good reviu...[straight to pint, padat dan senang nak paham]
Abe Nik says
kalau ulang alik ke tempat kerja ikut hiway, turunkan 2 mata spoket belakang. baru tak gegar.
Khairil says
Aku pon pengguna super moped ni. slme aku ride motor ni...trs trg ckp seat mmg keras, sblm ni pakai y15, ride jauh2 lame2 sakit gak punggung, tp bile pakai vf3i seat mmg keras laa..tp bile ride jauh2 tak sakit punggung.. skrg dh setahun lebih pakai alhamdulillah xde ape2 mslh, cume mslh yg bru timbul skrg adelah TPS. bile pulas hbs mmg semput.mcmnmnyk x smpai. Masalah TPS ni same gak dengan geng2 RS150, x sampai setahun dapat masalah yg same gak TPS.. tapi bile tukar balik, alhamdulillah motor ok macam biase.. masalah absober dpn blkg mmg keras, tp mungkin berat mcm aku 90kg++ rase sangat memuaskan.. tak pasti plak dengan pengguna yg lain, kalo bagi aku memang ok. kapasiti tangki minyak memang berbaloi untuk yg kaki ride. minyak pon jimat.. untuk kipas radiator kalo start pagi2, slps 10minit kipas pusing, mungkin sebab enjin cc besar, bunyi kipas pon kuat, tapi tak jadi masalah. ape2 pon selame pakai supermoped vf3i ni memang terbaik. yang penting kena pandai jage, bace manual book untuk teknik2 penjagaan.. sekian.. terima kasih..