• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Lexus LC Inspiration Series - daripada Model Konsep kepada Kereta Edisi Terhad

Lexus LC Inspiration Series - daripada Model Konsep kepada Kereta Edisi Terhad

January 31, 2019 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter


PADA Ogos lalu, Lexus mempamerkan model konsep LC untuk barisan coupe jenama mewah itu yang menampilkan warna luaran Vibrant Flare Yellow dan kemasan dalaman hasil gabungan tona hitam, putih dan kuning.

Seperti dijangka untuk mana-mana kereta konsep, model itu biasanya direka secara one-off, iaitu bersempena acara permotoran tertentu. Model konsep Lexus itu pula ditayangkan khas untuk acara Pebble Beach Concours d’Elegance 2018 di Amerika Syarikat (AS).

BACA >>> Lexus LC Limited Edition - Sedan GT Mewah Edisi Khas Tunjuk Muka Sebelum ke Paris

Namun, tahun ini pengeluar kereta mewah dari Jepun itu menghasilkan model sama dalam versi pengeluaran edisi terhad. Coupe serba kuning itu, yang dinamakan LC Inspiration Series, hanya dikeluarkan 100 unit dan setiap model tertera perkataan 'LC limited edition' dan 'LC Inspiration Series of 100' di sil pintu gentian karbon kiri dan kanan.

Kemasan dalaman menggunakan material kulit semi-anilina dan Alcantara yang diserlahkan dengan sulaman benang kuning, sama seperti model konsep dipamerkan, termasuk bumbung dan gril gentian karbon yang juga sama.

BACA >>> Lexus LC 500 Kini di Malaysia, 8 Unit Sudah Dijual - Harga Hanya RM940,000

Rekabentuk rim 21 inci sedikit berbeza. Model konsep menggunakan rim spok-silang gelap, manakala versi pengeluaran ini menggunakan rekaan lima spok terpisah. 100 unit model edisi terhad itu boleh dibeli bermula April tahun ini.

GALERI

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Coupe, Lexus, Lexus LC, Lexus LC Inspiration Series, Pebble Beach Concours d’Elegance, Vibrant Flare Yellow

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Yamaha NVX 2025 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM11k!
    Yamaha NVX 2025 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM11k!
  • #MotoGP2025: Marquez Hampiri Gelaran Juara Dunia, Raih Juara GP San Marino
    #MotoGP2025: Marquez Hampiri Gelaran Juara Dunia, Raih Juara GP San Marino
  • JPJ Buka Bidaan Nombor Plat Istimewa Siri 'GM' Sempena Hari Malaysia!
    JPJ Buka Bidaan Nombor Plat Istimewa Siri 'GM' Sempena Hari Malaysia!

PANDU UJI

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev