• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Honda Jepun Perkenal CBR 400R (2019) Versi Kemas Kini Baharu

Honda Jepun Perkenal CBR 400R (2019) Versi Kemas Kini Baharu

January 31, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

FacebookTwitter


HONDA CBR 400R di Jepun mendapat kemas kini terbaharu untuk model 2019 dan dijadualkan berada di pasaran Negara Matahari Terbit itu bermula 22 Mac depan. Sebagai terjemahan kepada CBR 250RR, Honda melakukan perubahan ke atas penampilan sportbike itu supaya tampil lebih menarik.

Selain kemas kini sistem ambilan, CBR 400R didatangkan dengan rekaan meter LCD baharu yang turut memaparkan indikator gear dengan Klac Bantu dan Sliper (A&S) yang menawarkan operasi tunggangan lebih selesa. Penambahbaikan sistem ambilan membolehkan unit kuasa meningkatkan tork dalam julat rendah dan pertengahan, dan mengoptimumkan pemasaan injap serta mengubah bahagian struktur paip ekzos dan mufler.

BACA >>> Honda CBR 400R (2019) Pinjam Wajah CBR 250RR, Muncul di EICMA?

Bagi mendapatkan tunggangan lebih sporty, suspensi belakang menggunakan tekanan berasingan yang mengasingkan gas dan minyak dalam suspensi, manakala padanan sistem ABS memberikan keyakinan dalam membrek.

Penggunaan lampu depan dan belakang LED memberikan pandangan tajam dan sporty. Tidak ketinggalan ciri LED turut dipasangkan pada lampu signal. CB400R tersedia dalam tiga warna pilihan: merah, kelabu dan putih, pada harga  ¥793,800 yen (RM29,826).

BACA>>>Honda CBR 250RR Custom - Seanggun Salji di Puncak Fuji, Curi Perhatian di Tokyo

Sportbike itu dijana enjin 399cc berkuasa 44hp @9,000rpm dan tork maksimum 38Nm @ 7,500rpm dengan transmisi 6-kelajuan. Tidak ketinggalan, saiz tangki minyak juga dipertingkat 1 liter menjadi 17 liter.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Boon Siew Honda (BSH), Honda, Honda CBR 250RR, Honda CBR 400R, Honda Japan, Jepun, roda2, sportbike

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV
    #PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV
  • Jenama Kove Rasmi Masuk Malaysia, Lancar 450R dan 800X GT, Harga Mula RM33,888
    Jenama Kove Rasmi Masuk Malaysia, Lancar 450R dan 800X GT, Harga Mula RM33,888
  • KPDN Johor: Nozel RON95 Dicabut Bukan Sebab Habis Stok, Tapi Masalah Teknikal
    KPDN Johor: Nozel RON95 Dicabut Bukan Sebab Habis Stok, Tapi Masalah Teknikal
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev