• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #Videotomotif: Subaru Forester STI - Wagon Famili yang Mampu Beraksi Atas Trek

#Videotomotif: Subaru Forester STI - Wagon Famili yang Mampu Beraksi Atas Trek

January 29, 2019 By Han Othman Leave a Comment

19
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEKITAR awal milenia, Impreza WRX STI bukanlah satu-satunya model dalam barisan produk STI. Subaru turut memperkenalkan Forester STI yang menggunakan enjin sama, turbo flat-four sebagai kawan kepada Impreza.

Forester STI daripada Forester generasi kedua (2002-2007), cuma lebih berat 70kg daripada Impreza WRX STI, tetapi memiliki lebih kuasa kuda (hp) untuk menampung lebihan berat tersebut. Ini memberikan tempoh pecutan 0-100kmj yang lebih pantas dan prestasi sistem pacuan semua roda (AWD) yang setara dengan kawannya itu.

BACA >>> #Videotomotif: Tidak Hujan, Tidak Ribut, Motosikal Elektrik Ini Tiba-Tiba Terbakar

Walaupun memegang status STI, yang mendapat sentuhan kepakaran divisyen permotoran Subaru, tetapi rupa Forester STI tidaklah seperti hendak berlumba atas trek rali setiap hari.  Penampilan model ini sama saja seperti kereta penumpang lain. Kata orang, nampak standard, tapi power.

Namun, apa yang tidak dimiliki Forester STI ialah kawalan diferensial boleh laras seperti dimiliki Impreza WRX STI. Ini membuatkan wagon itu agak rigid ketika membelok. Ini dapat dilihat pada video di bawah. Forester STI yang dipandu Vicki Butler-Henderson daripada Fifth Gear sangat tajam dan keras di selekoh hingga memaksa dia menggunakan brek tangan untuk mendapatkan aksi drift.

Menurut Vicki, yang sebelum itu terlebih dulu memandu Impreza WRX STI, walaupun Forester STI yang dipandunya lebih perlahan di selekoh berbanding Impreza, tetapi tidak dinafikan ia sangat seronok dipandu. Wagon ini memang mampu melakukan aksi trek menyeronokkan dengan men-drift seperti sebuah sedan walaupun ia sebuah kereta famili berbadan tinggi.

BACA >>> Subaru WRX dan WRX STI Series.Gray (2019) Edisi Terhad - Cuma 1,000 Unit Dikeluarkan

SUMBER: RoadAndTrack

Related

19
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda4 Tagged With: Roda4, STI, Subaru, Subaru Forester STI, Subaru Impreza WRX STI, videotomotif

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my