• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Papan Pemuka Renault Clio (2019) Didedahkan, Tampil Skrin Vertikal 9.3 Inci Ala Tesla

Papan Pemuka Renault Clio (2019) Didedahkan, Tampil Skrin Vertikal 9.3 Inci Ala Tesla

January 29, 2019 By Han Othman 1 Comment

FacebookTwitter


SELEPAS video acah pendek yang disiarkan, Renault mendedahkan pula imej ruang dalaman Clio (2019) baharu dengan menampilkan unit infotainment skrin paparan besar 9.3 inci yang menjadi tumpuan utama kemasan papan pemuka model hot-hatch tersebut.

Menariknya, rekabentuk dalaman Clio (2019) generasi kelima ini agak merendah diri dengan hiasan dan rekaan berkonsepkan minimalis yang nampak serba ringkas, tetapi kekal elegan, tidak ubah seperti model hatchback mewah.

BACA >>> Renault Siar Video Acah Clio (2019) Serba Baharu, Akan Debut Esok

renault-clio-2019-cabin-9
renault-clio-2019-cabin-4
renault-clio-2019-cabin-6

Skrin infotainment yang dipasangkan vertikal dan tertonjol keluar menghadap pemandu mengingatkan kepada model Tesla dengan mengambil alih banyak fungsi punat konvensional seperti penyaman udara. Tetapi masih ada punat yang boleh disentuh secara fizikal, iaitu kawalan klimat.

Skrin disatukan dengan paparan 10.1 inci dalam bentuk binakel atau pelantar kompas, yang menjadikan Clio (2019) sebagai model dengan skrin paling besar dalam kelasnya. Bagaimanapun, ia ditawarkan sebagai opsyen, manakala versi standard diberikan skrin 7-inci yang lebih sederhana.

Apa lagi baharu ialah kerusi yang ditambah baik ruang kelegaan kaki pada bahagian lutut untuk penumpang belakang, manakala penumpang depan didakap elok dengan kerusi semi-buket masing-masing. Selain kabin kelabu gelap, pembeli boleh memilih lapan skema rekabentuk lain mengikut cita rasa tersendiri.

BACA >>> Renault Clio RS Black Edition Kini Berwajah Lebih Jahat

Perincian Clio (2019) akan didedahkan di Pameran Motor Geneva 2019 pada Mac nanti.

GALERI
renault-clio-2019-cabin-1
renault-clio-2019-cabin-9
renault-clio-2019-cabin-8
renault-clio-2019-cabin-6
renault-clio-2019-cabin-10
renault-clio-2019-cabin-3
renault-clio-2019-cabin-7
renault-clio-2019-cabin-4
renault-clio-2019-cabin-5
renault-clio-2019-cabin-11

SUMBER: CarThrottle

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: hot-hatch, Pameran Motor Geneva 2019, Renaul Clio (2019), Renault, Roda4

Comments

  1. jakun says

    January 29, 2019 at 12:40 PM

    kadang2 penggunaan infotainment ni dan menggantikan punat2 fizikal rasanya lebih membahayakan pemandu...sebab tumpuan hilang sebab tumpu nak tekan skrin..beza dengan punat fizikal yg lebih senang utk ditekan/ubah tanpa lihat...

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95
    Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev